Siapa aku? Dari mana asalku? Mengapa aku berada di dunia ini? Lalu untuk apa?
Mengapa aku dilahirkan dan kemudian tua lalu mati? Mengapa begitu sahaja kehidupan aku di dunia ini? Fahamilah dan rasakanlah kehidupan berspiritual yg sebenar untuk memahami kehidupan di mana kita berasal daripada Allah turun ke Bumi kemudian kembali ke asalnya iaitu Allah.
Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun.
Spritual bukanlah memasuki kumpulan memori yang tersimpan di dalam alam bawah sedar seperti melihat dan mendengar multimedia (dengan skrin besar) tentang Allah barulah tersentuh jiwanya.



Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja nenentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.



Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”




Tanda keenam ini kadangkala benar-benar membimbangkan saya. Budaya sakit hati kepada orang berjaya bukan sahaja ada dikalangan kita rakyat Malaysia, malah ada di mana-mana negara di dunia. Di negara barat contohnya, jika ada seseorang tokoh yang berjaya sama ada dalam bidang akademik, hiburan, politik atau bidang apa sahaja, pasti akan ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mencari jalan untuk menjatuhkan tokoh tersebut. Apa yang menyedihkan, dalam usaha tersebut, cerita yang tidak ada juga diada-adakan.
Tanda keenam ada halangan minda menyekat bakat anda yang terpendam ialah ’sakit hati melihat orang berjaya’. Selalunya ada sedikit kekeliruan di sini. Salahkah kalau kita sakit hati melihat orang berjaya tetapi dalam masa sama kita mahu juga berusaha untuk berjaya?
Seriously, memang masih ramai calon yang menanti, percayalah! Anda cuma perlu membuka hati anda dan keluar mencari. Apa saya bimbang, nanti sampai tidak terlayan pulak dengan berbagai-bagai jenis karenah dan rupa bentuk.
Saya berikan contoh. Jika anda seorang pelajar, hari ini anda terlintas di hati untuk jadi seorang pelajar terbaik dan skor A dalam semua subjek yang anda ambil. Yang mana lebih mempengaruhi anda, potensi untuk berjaya dan merasa bangga atau potensi untuk gagal dan kecewa akibat tidak berjaya mencapai matlamat tersebut?
Katakan dalam satu group, ada 10 ahli. Dalam group tu pula ada 2 orang yang berfikiran positif, bercakap positif, dan berkelakuan positif. Dalam group tu juga, ada 1 orang berfikiran negatif, bercakap negatif, dan berkelakuan negatif.
Tanda keempat yang perlu kita bincangkan ialah ‘terlalu sayangkan bantal busuk’. Saya percaya anda faham dengan maksud bantal busuk. Kita biasa lihat kanak-kanak kecil yang tidur dengan satu bantal kegemarannya. Bantal itu mungkin sudah lusuh, buruk dan berbau kerana sudah terlalu lama digunakan tetapi kanak-kanak ini masih perlukannya untuk tidur. Malah, bantal ini perlu dibawa oleh ibu bapa ke mana-mana sahaja supaya tidak timbul masalah semasa kanak-kanak ini mahu tidur nanti.
Sebagai contohnya, katakan anda mahu memasuki catur. Kemudian anda ceritakan kepada beberapa orang kawan. Salah seorang kawan anda itu berkata, “Kau boleh ke main catur? Aku tengok cara kau main tak berapa cekap sangat, banyak lagi kelemahan. Kena ada bakat kalau nak menang main catur ni.”
Saya percaya ada yang akan kata mahukan kedua-duanya. Namun, jika terpaksa memilih, yang mana satukah Tuan-tuan dan Puan-puan akan pilih?
Tahun baru menjelma lagi. Selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2008. Kalau azam 2008 sudah tercapai, Alhamdulillah. Kita bersyukur. Namun jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi. Jika ia tidak boleh diulangi, ia akan jadi kejayaan ‘tidak sengaja’. Kejayaan tidak sengaja selalunya tidak kekal dan jarang dapat dinikmati dalam jangka masa yang panjang.

