Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/berani-bercakap/
“Speak your mind!”
Dalam perniagaan (dan juga hidup) adakalanya kita takut hendak bercakap dan berkongsikan idea atau pendapat kita. Sekiranya dalam meeting, atau perjumpaan, sesetngah daripada kita lebih suka berdiam sahaja dan tidak bercakap langsung.
Walaupun ada sesuatu hendak dikatakan, tetapi, biar sahaja terbuku di hati… simpan dalam
Sebab apa? Sebab “malu” nanti kita tersilap kata…. atau malu nanti apa pula orang cakap tentang idea kita… atau takut apa yang kita nak cakap tidak dapat diterima ramai.
Sekiranya anda begitu, berikut adalah tips untuk lantang bersuara:
- Ketahui apa yang anda hendak cakap
- Lantang bersuara apa yang anda hendak katakan dengan jelas dan penuh yakin
- Ketahui bahawa setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing
Sekiranya terdapat pihak yang tidak setuju dengan apa yang anda katakan, tak mengapa- expect it! Kerana mereka juga mengikut langkah 1-2-3 di atas. Jangan takut sekiranya dikritik- untuk berjaya, SEMUA orang akan dikritik apabila melahirkan apa sahaja idea.
Masalahnya adalah apabila kita TIDAK berkata dan bercakap kerana TAKUT kena kritik!



Adakah anda suka berangan atau berkhayal? Kebanyakan orang dewasa mengatakan mereka tidak suka berangan atau berkhayal. Membuang masa kata mereka. Benar, berangan boleh jadi satu aktiviti yang membuang masa.
Sudahkah difikirkan perkataan-perkataan dan ayat yang biasa anda sebut setiap hari? Seperti yang saya gambarkan dalam posting lepas, perkataan-perkataan itu adalah gambaran kepada halangan minda yang sedang menyekat potensi sebenar dan bakat kita yang selama ini terpendam. Dapatkah anda mula rasakan apakah bakat yang terpendam dalam diri jika anda berhenti menyebut perkataan-perkataan susah dan tak boleh?
Mari kita mulakan dengan tanda yang pertama. Tanda yang pertama berbunyi, selalu dan suka sebut perkataan-perkataan seperti ’susah’, ‘tak boleh’, ‘mustahil’, ‘tak masuk akal’, ‘mana mungkin’ dan sebagainya. Semua perkataan atau ayat ini menunjukkan bahawa anda tidak boleh lakukan sesuatu. Ini semua adalah perkataan atau ayat yang selalu timbul apabila halangan minda menguasai cara anda berfikir.
Di dalam sesebuah percintaan, pasti anda inginkan sesuatu out of the relationship, kan? Di dalam mencari cinta…pasti juga anda menyimpan harapan, expectations… kan? Even di dalam perkahwinan pun…suami atau isteri mesti memikirkan akan keinginan mereka tercapai di masa hadapan.
Kata-kata ini adalah antara mutiara kata yang pertama yang saya hasilkan. Semasa saya menulis mutiara kata ini, saya masih baru di dalam bidang yang saya ceburi ini dan masih terlalu banyak cabaran dan halangan yang saya hadapi. Saya masih ingat lagi ketika tahun pertama saya mula memberi ceramah dan latihan tentang teknik belajar dan di sekolah dan universiti. Program saya yang pertama ialah pada bulan Mac 2005. Ketika itu saya diminta menyampaikan program selama 4 jam di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.

