Isnin, Mac 30, 2009

Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?

Isnin, Mac 30, 2009

Oleh: Muhriz Rahmat

Saya sering membaca kisah kehidupan orang yang ingin menghabiskan zaman bujangnya, namun gagal meninggalkan kepompong kebujangannya itu oleh kerana dilanda masalah pilihan jodoh. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga habis ratusan ringgit mengupah tok bomoh profesional berataraf antarabangsa namun jodoh tidak kunjung tiba. Pada waktu itu mereka mula mempersoal hakikat taqdir Allah. Saya bukanlah agen pencari jodoh untuk anda pada pos kali ini, cuma ketika berada di tahun akhir pengajian di sini saya selalu dipaparkan dengan masalah kegagalan mencari jodoh yang meragut ketenangan jiwa saya. Memang perasaan cinta agak sukar untuk diterjemahkan. Ada orang suka itu dan ini, pendek kata ada pelbagai rasa dalam satu masakan yang tak mampu diolah dalam bahasa kamus.

Ahad, Mac 29, 2009

Terimalah Apa Yang Hidup Ini Berikan Anda Untuk Cinta

Ahad, Mac 29, 2009
Oleh: ShueQry

Dalam bercinta, terimalah apa yang hidup ini berikan Anda. Jika Anda dapat yang sederhana cantik, sederhana hensem, terimalah dia seadanya dia.

Bersyukurlah sebab dia menjadi kekasih Anda. Hari ni nak mendapat seorang kekasih yang jujur, amat mencabar. Memang susah dicari.

Masalah utama dalam perhubungan cinta adalah kejujuran. Jujur ada kait mengait dengan rupa.

Jumaat, Mac 27, 2009

Cantik Syarat Untuk Bahagia Dalam Cinta - Betulkah?

Jumaat, Mac 27, 2009
Oleh: ShueQry

Pada pendapat saya, cantik atau tak cantik bukan syarat utama untuk bahagia dalam cinta. Cinta dan kasih sayang adalah perasaan yang lahir dari hati. Jadi, hati lebih penting.

Jika orang yang Anda cinta ada rupa, itu sudah kira satu bonus. Satu kelebihan. Ibarat makan nasik berlaukkan ayam KFC bukan sekadar ayam masak kicap. Cantik tak semestinya menjadi syarat utama untuk merasa bahagia, tapi hati kita ni yang paling penting.

Tips Menjadi Rajin

Oleh: Dr. Inspirasi

Tips belajar hari ini ingin berkongsi 5 tips bagaimana mengatasi sikap malas. Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini saya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.

Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.

Khamis, Mac 26, 2009

Kekadang Buat Baik Pada Orang, Kita Dipergunakan

Khamis, Mac 26, 2009
Oleh: ShueQry

Buat baik sesuatu yang amat disarankan, tapi biarlah buat baik dengan cara bijak bukan melulu. Dunia sekarang, orangnya bijak-bijak belaka, apatah lagi jika Anda berada dalam suasana kepesatan teknologi. Dengan kemajuan teknologi, kecerdikan manusia juga bertambah.

Kekadang Anda buat baik, orang ambil kesempatan atas kebaikan Anda. Itulah hakikat masa kini. Anda tinggal serumah dengan Anda kemudian Anda buat baik dengan semua orang dalam tu, rajin buat itu ini untuk mereka dan menolong mereka, tanpa disedari Anda sebenarnya telah dipergunakan oleh mereka. Asyik mintak tolong aje kerja diorang, Anda pula makin bersemangat membuat tanpa disedari Anda dah macam jadi orang suruhan.


Isnin, Mac 23, 2009

Hebat dalam industri tidak semestinya hebat berniaga

Isnin, Mac 23, 2009

Oleh: Irfan Khairi

Walaupun saya sering cadangkan untuk seseorang itu lakukan apa yang mereka minat atau kepakaran masing-masing menjadi perniagaan, perlu diketahui juga, minat & kepakaran sahaja tidak mencukupi.

  • Seseorang yang hebat menjahit, tidak semestinya akan hebat dalam perniagaan menjahit.
  • Seseorang chef hebat tidak semestinya akan berjaya membangunkan perniagaan restauran
  • Seorang yang hebat bermain piano tidak semestinya akan jadi usahawan piano hebat

Ahad, Mac 22, 2009

Kerja susah vs kerja mudah

Ahad, Mac 22, 2009
Oleh: Irfan Khairi

Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan tertinggi sahaja dalam industri masing-masing?

Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan perkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.

Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi yang produktif perniagaan baru setiap bulan.

Selasa, Mac 17, 2009

Semua orang mempunyai idea hebat

Selasa, Mac 17, 2009

Oleh: Irfan Khairi

Sering kali, ramai antara kita selalu mempunyai idea hebat. Silap-silap, semua orang pernah mempunyai idea yang hebat bermain di fikiran. Idea tersebut, mungkin dalam bentuk menciptakan sesuatu, menghasilkan sesuatu atau berniaga sesuatu.

ideabulb.jpg

Semua orang mempunyai idea hebat yang kadang kala berlegar difikiran yang mungkin boleh membuatnya kaya & juga terkenal.

Tetapi, kesilapan yang paling besar adalah, kita abaikan idea tersebut oleh kerana… idea itu datang daripada kita sendiri!

Kita sering melihat dan menganggap orang lain yang mendapat idea, dan mengimplementasikan idea tersebut adalah hebat dan lebih bijak dari kita. Bila tibanya kita sendiri mendapat idea, kita rasa kita ni kurang bijak… dan kurang hebat.

Pemikiran begitu adalah salah!

Sabtu, Mac 14, 2009

Jika Cinta Penuh Cabaran

Sabtu, Mac 14, 2009
Oleh: ShueQry

Jika di fikiran kita anggap hidup ini penuh dengan cabaran, maka segala yang kita lakukan akan dipenuhi dengan cabaran, dalam kerja, cinta juga kekeluargaan. Perkataan yang selalu bermain-main di fikiran akan membentuk satu sistem kepercayaan yang tersimpan di dalam minda separa sedar.

Apa yang tersimpan kejap jauh di dasar minda, itulah yang akan difahami minda sebagai apa yang Anda mahukan. Begitu juga dengan cinta.

Jumaat, Mac 13, 2009

Bercinta Sampai ke Syurga

Jumaat, Mac 13, 2009
Oleh: Ust. Hasrizal

Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.

Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.

Khamis, Mac 12, 2009

Menyempurnakan Pemintaan Kekasih

Khamis, Mac 12, 2009
Oleh: Muhriz Rahmat

Kekasih adalah insan yang sangat kita kasihi. Bagi mereka yang sangat mencintai kekasihnya akan sanggup melakukan apa sahaja permintaan orang yang dikasihi walaupun dalam keadaan terdesak. Mungkin anda pernah mendengar atau mungkin juga tahu cerita cinta Laila Majnun. Cinta yang membuatkan orang menjadi semakin meng’gila’ kepada kekasihnya setiap waktu. Tanpa hadir bayangan raut kekasih dalam hati menjadi rindu tak keruan setiap saat.

Rabu, Mac 11, 2009

Cinta Pintu Kepada Pemikiran Positif

Rabu, Mac 11, 2009
Oleh: ShueQry

Cinta adalah pintu kepada pemikiran positif, tindakan positif. Cinta yang diniatkan untuk Allah, berpotensi besar untuk berkekalan. Cinta adalah salah satu bentuk ibadah atau lebih tepat lagi, cinta adalah salah satu ibadah sunat. Hidup kita sebenarnya adalah ibadah, kerana kita diciptakan untuk beribadah.

Gunakanlah cinta sebagai salah satu cara untuk Anda berubah kepada fikiran positif. Cinta jadi bahagia bila fikiran Anda dipenuhi tanggapan yang baik-baik, cakapan Anda baik-baik dan perangai Anda baik-baik saja. Mulai hari ini, berusahalah membina fikiran positif melalui cinta, dengan berubah kepada sikap positif.


Takut Yang Sudah Lama Tercabut

Oleh: Ust. Hasrizal

“Kamu tahu tak kalau kamu terbabas, patah riuk tulang tu? Kamu nak ke lumpuh sampai mati menyusahkan aku menjaga kamu? Kecil-kecil kamu berak dalam lampin, dah besar pun aku nak basuh berak kamu!” bebel Mak Jah kepada anaknya Din yang gila merempit.

Si anak membatu.

Sebelum Mak Jah memanjangkan lagi leternya, Din bingkas bangun, menyambar topi keledar tanpa tanda SIRIM itu dan terus memecut keluar. Membiarkan Mak Jah menggelengkan kepala dalam linangan air mata. Anaknya tidak takut mati.

[Baca Lagi]

Selasa, Mac 10, 2009

Bahagia Cinta Bermula Dengan Seketul Daging

Selasa, Mac 10, 2009

Oleh: ShueQry

Bahagia cinta
letaknya di hati. Rasulullah s.a.w. mengatakan apabila baik seketul daging di dalam tubuh seseorang, maka baiklah dia. Seketul daging yang dimaksudkan itu adalah hati. Baik bermakna bahagia. Dia boleh memberi bahagia dan akan tetap memberi tanpa pernah terfikir untuk berhenti memberi.

Tidak mungkin seseorang yang jahat atau kurang baik sikapnya hidup dalam bahagia. Jika YA, tempohnya sekejap saja. Sepanjang dia bercinta, cinta dalam hidupnya dipenuhi duka, pertengkaran, perbahalahan, permasalahan, cemburu buta dan mungkin cinta itu berakhir dengan sengsara.



Gagal Meluah Rasa Cinta

Oleh: ShueQry

Gagal meluah rasa cinta
tak semestinya menjadi penghalang untuk Anda merasai kebahagiaan dalam cinta. Masih ada peluang di mana-mana saja, bila-bila masa. Jika bukan dia, ada ada peluang untuk bercinta dengan orang lain.

Bak kata pepatah Melayu, bungan bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Cari orang lain, sesiapa saja. Asal Anda gembira bila bersama-sama dengannya, dia memahami Anda, mendengar luahan hati Anda dan dia very bertolak ansur, maka itulah orang yang sesuai dengan Anda. Dialah cinta Anda. Jangan lepaskan dia!

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam - Tanda 6.1

Oleh: Osman Affan

Tanda keenam ini kadangkala benar-benar membimbangkan saya. Budaya sakit hati kepada orang berjaya bukan sahaja ada dikalangan kita rakyat Malaysia, malah ada di mana-mana negara di dunia. Di negara barat contohnya, jika ada seseorang tokoh yang berjaya sama ada dalam bidang akademik, hiburan, politik atau bidang apa sahaja, pasti akan ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mencari jalan untuk menjatuhkan tokoh tersebut. Apa yang menyedihkan, dalam usaha tersebut, cerita yang tidak ada juga diada-adakan.

Tanda keenam ini patut kita hindari. Jadi kita perlu periksa sama ada kita juga ada halangan minda ini. Caranya? Begini. Tenangkan fikiran seketika. Jangan berfikir tentang apa-apa. Kemudian, cuba ingat kembali, selalunya, jika anda mendengar kisah kejayaan tentang seseorang, apakah perkara pertama yang terlintas di dalam minda anda? Adakah anda akan terfikir tentang sesuatu yang tidak baik atau terfikir tentang sesuatu yang baik?

[Baca Lagi]

Ahad, Mac 08, 2009

Susah Nak Melupakan Kekasih Lama

Ahad, Mac 08, 2009
Oleh: ShueQry

Anda sukar nak melupakan kekasih lama kemudian masih mengharap dia datang mencari Anda? Ketahuilah, perkara itu seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Ia mustahil. Walaupun mustahil, ada kebarangkalian mungkin ia boleh berlaku, tapi peluang amat tipis. Melainkan, bekas kekasih Anda benar-benar tekad nak bahagia semula dalam cinta dengan Anda.

Tapi, bagaimana nak melupakan kekasih lama? Sibukkan diri dengan cinta yang baru, kekasih baru! Awas, jangan pula tukar-tukar kekasih macam tukar baju, sekejap itu, sekejap ini. Akibatnya, Anda tak akan merasa bahagia dalam cinta, tapi seperti mempermain-mainkan cinta. Kelak, Anda tidak akan merasa bahagia cinta sepanjang hidup Anda selagi tidak berubah.

Aku muda, cantik dan dicintai selalu!

Oleh: Razzi Rahman

“What you thinking is what actracted to you!”

Pernah dengar? Okey, kali ini bro Razzi nak kongsi dengan you all yang selalu melawat blog bro ni, tentang satu tip motivasi diri yang telah bertahun-tahun bro amalkan. Ianya cukup menjadi sebenarnya. Yang penting, you all kena selalu amal, selalu bayangkan, selalu khayalkan, selalu impikan secara TERPERINCI.

Contohnya :
Pada setiap pagi, you all bangun tidur, masuk bilik air, tengok cermin je terus cakap pada diri sendiri,
“Aku muda, cantik, lawa, kaya, manis, berjaya, disayangi dan dihormati semua orang!”

[Baca Lagi]

Potensi kita yang luar biasa

Oleh Irfan Khairi

Fikirkan dan “demand” yang terbaik untuk diri kita. Yakin bahawa kita mempunyai potensi yang amat luar biasa dan kita boleh berjaya dalam apa sahaja kita lakukan sekiranya kita letakkan fokus kita sepenuh hati kepada perkara tersebut.

Bayangkan juga masa depan kita hanya dihadkan oleh imiginasi kita dan apa sahaja pencapaian kita sehingga hari ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang sebenarnya boleh kita capai.

Jumaat, Mac 06, 2009

Kita Perlu Lepaskan Sesuatu Untuk Mendapat Sesuatu

Jumaat, Mac 06, 2009
Oleh: ShueQry

Kita perlu lepaskan sesuatu, untuk mendapat sesuatu yang lain. Kita tidak boleh mendapat dua perkara sekaligus, tetapi kita kena beri laluan pada yang paling utama terlebih dahulu.

Teringat kata-kata Ben Parker, pakcik kepada Peter Parker dalam filem Spiderman.

"With great power, comes great responsibility". Bagi saya, kata-kata itu terubah menjadi "with a great knowledge, comes a great responsibility."

Rabu, Mac 04, 2009

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam - Tanda 6

Rabu, Mac 04, 2009
Oleh: Osman Affan

Benci lihat orang berjayaTanda keenam ada halangan minda menyekat bakat anda yang terpendam ialah ’sakit hati melihat orang berjaya’. Selalunya ada sedikit kekeliruan di sini. Salahkah kalau kita sakit hati melihat orang berjaya tetapi dalam masa sama kita mahu juga berusaha untuk berjaya?

Jika kita sakit hati tetapi berusaha untuk berjaya, biasanya ini dinamakan rasa ‘cemburu’ melihat kejayaan orang lain. Apa yang bagusnya, rasa cemburu ini tidak membuat kita membenci orang berjaya itu malah menyanjungi mereka. Akibatnya, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang sama.

[Baca Lagi]

Selasa, Mac 03, 2009

Rahsia Semangat seorang Muslim (Bahagian 2)

Selasa, Mac 03, 2009
Oleh: Muhriz Rahmat

2. Yakin dengan janji Allah.

Seorang yang yakin dengan apa yang Allah janjikan di dalam al Quran berupa syurga dan nikmatnya akan sentiasa menuntut agar dia diberikan dengan apa yang telah dijanjikan itu. Untuk mendapatkan apa yang Allah janjikan itu dia perlu patuh dan ‘membuat’ apa yang disuruh oleh Allah dan ‘meninggalkan’ perkara yang dilarang. Semangat untuk ‘membuat’ dan ‘meninggalkan’ perkara-perkara itu akan berlaku sekiranya mereka yakin dengan janji Allah di akhirat kelak. Contohnya jika kita dijanjikan oleh ibu ayah yang mereka akan memberikan kita hadiah apabila berjaya dalam peperiksaan, kita akan bersemangat untuk mendapatkannya. Segala usaha kita akan berterusan selagi tidak menemui kejayaan seterusnya menerima hadiah itu.

Ahad, Mac 01, 2009

Rahsia Semangat seorang Muslim (Bahagian 1)

Ahad, Mac 01, 2009
Oleh: Muhriz Rahmat

Apakah rahsia kejayaan orang-orang beriman pada zaman Rasulullah saw di dalam apa jua peperangan? Kenapa semangat mereka tidak pernah luntur sehingga ke akhir hayat?
Yang terbaru ini kita melihat pergerakan HAMAS yang terus mempertahankan tanah Gaza dari dicerobohi sehingga boleh dikatakan sebagai berjaya menundukkan israel dalam mematahkan setiap serangan. Bara semangat mereka tidak pernah padam walaupun anak, isteri dan sanak saudara mati terbunuh. Rumah mereka menjadi serpihan tanah rata dan badan mereka sentiasa dalam keletihan bukanlah menjadi penghalang untuk bersemangat menentang musuh.

Terbaru!

Kata-kata Motivasi Harian

Video Motivasi




Sembang


ShoutMix chat widget

Pengikut

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi