Khamis, November 06, 2008

Hati yang tersentuh…

Khamis, November 06, 2008
Oleh: Osman Affan

Beberapa minggu lalu saya telah dijemput oleh Puan Siti, guru kaunseling Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Sungai Bertih Klang untuk memberikan ceramah ringkas kepada pelajar tingkatan 1. Ceramah ini adalah berkenaan pembinaan sahsiah cemerlang.

Cita-cita Obama sejak sekolah rendah!

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/cita-cita-obama-sejak-sekolah-rendah/

obama.jpgMungkin semua dah tau, prez US baru Barack Obama. Saya suka baca biografi-biografi orang yang berjaya, dan antara banyak-banyak info yan gmenarik mengenai Obama, adalah, beliau telah bercita-cita untuk menjadi president ketika di bangku sekolah lagi. Sekolah rendah!

Ketika Obama bersekolah rendah di Indonesia, seperti kita masa di sekolah rendah kita perlu tulis, bila besar nanti nak jadi apa. Standard lah, jawapan saya masa kecil dulu, Polis, Bomba, Askar… dan budak2 perempuan pula Pembaca berita, Pramugari & Cikgu :) begitu juga rakan2 Obama yang lain…

Tapi, bagi Barack Obama, cita-citanya sejak sekolah rendah adalah menjadi “PRESIDENT”! :)

Kalau seseorang boleh berpegang kepada cita-cita sejak sekolah rendah lagi dan mencapainya sehingga kini, apa lagi kita yang dah besar pandai- pastinya boleh mempunyai cita-cita & mencapainya!

ps: Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had akan diadakan pada Sabtu ini 8hb November. Sekiranya anda menjalankan perkhidmatan, dan ingin tahu cara mendapat pelanggan tanpa had menggunakan Internet, klik di sini!

Rabu, November 05, 2008

7 Tanda anda akan gagal di universiti - Kesimpulan

Rabu, November 05, 2008
Oleh: Osman Affan

Alhamdulillah, berjaya juga saya akhirnya menulis kesemua 7 tanda seorang pelajar bakal gagal di universiti. Untuk pengetahuan anda, kesemua tujuh tanda ini adalah menurut pendapat dan pemerhatian saya selama menjalankan program dan berhadapan dengan mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Malaysia.

Satu perkara penting yang perlu saya utarakan ialah melalui posting ini, anda tidak perlu membuang masa untuk berdebat sama ada benarkah tanda-tanda ini boleh menyebabkan pelajar di universiti gagal. Masa anda yang berharga lebih baik digunakan untuk mengkaji apakah yang bakal anda perolehi di masa akan datang jika anda dapat atasi kesemua tujuh tanda yang telah saya terangkan. Apakah kelebihan anda berbanding pelajar lain jika anda berjaya atasi semua masalah dan perkara tidak baik yang dinyatakan melalui 7 tanda ini.

[Baca Lagi]

Selasa, November 04, 2008

7 tanda anda akan GAGAL di universiti - Tanda 7.1

Selasa, November 04, 2008

Oleh: Osman Affan

Percaya atau tidak, 6 tanda pertama yang telah saya terangkan di dalam siri ‘7 tanda anda akan gagal di universiti’ ini bermula dengan tanda ketujuh ini. Mahasiswa dan mahasiswi yang tidak pernah fikirkan dengan teliti tentang apa yang mereka mahu lakukan dan capai dalam hidup akan

  • Susah bangun tidurSusah tidur malam dan susah hendak bangun pagi.
  • Takut salah lalu tidak mahu mencuba.
  • Tidak bawa payung hujan dipersalahkan.
  • Bawah tempurung lebih selesa daripada padang yang luas.
  • Sanggup berkawan dengan orang tidak mandi pagi.
  • Tidak berani jadi berbeza.

Apa yang bermain dalam kepala usahawan berjaya?

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/apa-yang-bermain-dalam-kepala-usahawan-berjaya/

Dalam perniagaan perlu kah seorang usahawan itu berani? Mereka yang berjaya dalam perniagaan, adakah mereka tak takut gagal & 100% positif sahaja? Dalam perniagaan, adakah segalanya mudah bagi mereka yang sudah hebat?

Jawapannya: Tidak, tidak & tidak!

Dari pengalaman saya berkawan dengan usahawan-usahawan berjaya, isunya bukanlah “keberanian”. Sememangnya ada rasa gemuruh bila nak mulakan perniagaan, atau menyusun strategi perniagaan baru, atau melakukan teknik baru dalam perniagaan. tetapi, mereka lakukan sahaja anyway. It’s not about being brave, it’s about just doing it!

Usahawan tak takut gagal? 100% positif…. sudah pastinya tidak. Pastinya semua usahawan TAKUT GAGAL. Takut kepada kegagalan ini lah memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan. Menjadi kreatif dalam merancang strategi2 perniagaan baru. 100% keyakinan sememangnya perlu, tetapi, hakikatnya mereka sering memberi ruang untuk kegagalan DIMANA strategi “back-up” juga disediakan… bak kata lain, Plan-B.

Adakah perniagaan mudah bagi mereka yang hebat? I think not… sekiranya anda lihat sekeliling juga terdapat ramai usahawan-usahawan yang selalu stress bukan? Semestinya, kerja untuk di lakukan adalah banyak dan bukan mudah. Tetapi, itulah kunci nya, mereka yang ingin berjaya akan memilih dan lakukan perkara yang susah- mereka tahu, rasa dan faham ianya susah, tetapi, mereka lakukan juga.

Kuncinya adalah, perasaan & keadaan usahawan yang berjaya dibandingkan dengan orang ramai adalah sama sahaja. Cuma, mereka berpegang kepada konsep Nike: Just Do It! :)

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, abaikan perasaan-perasaan yang ada dalam fikiran seperti takut, tidak yakin & fikir susah. Sememangnya perasaan itu sering bermain dalam kepala setiap usahawan diluar sana, tetapi, kita pilih sendiri untuk abaikan sahaja ;)

ps: Anda menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan? Pelajari cara melipatkali gandakan prospek dan pelanggan anda menggunakan strategi perniagaan Internet. Klik di sini untuk Workshop Mini Pelanggan tanpa Had pada hari Sabtu ini (8/11/08).

Terbaru!

Kata-kata Motivasi Harian

Video Motivasi




Sembang


ShoutMix chat widget

Pengikut

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi