Rabu, Mei 13, 2009

Fikirkan Sejenak

Rabu, Mei 13, 2009
Oleh: Mohd Fuad b. Hj. Abdul Latip

Siapa aku? Dari mana asalku? Mengapa aku berada di dunia ini? Lalu untuk apa?
Mengapa aku dilahirkan dan kemudian tua lalu mati? Mengapa begitu sahaja kehidupan aku di dunia ini? Fahamilah dan rasakanlah kehidupan berspiritual yg sebenar untuk memahami kehidupan di mana kita berasal daripada Allah turun ke Bumi kemudian kembali ke asalnya iaitu Allah.

Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun.

Spritual bukanlah memasuki kumpulan memori yang tersimpan di dalam alam bawah sedar seperti melihat dan mendengar multimedia (dengan skrin besar) tentang Allah barulah tersentuh jiwanya.

Bersyukurlah...

Bersyukurlah bahwa kamu belum siap memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan... Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?
Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu, karena itu memberimu kesempatan untuk belajar...
Bersyukurlah untuk masa-masa sulit, di masa itulah kamu bertumbuh...
Bersyukurlah untuk keterbatasanmu, karena itu memberimu kesempatan untuk berkembang...

Ahad, Mei 10, 2009

Maafkan Saja Bos Anda

Ahad, Mei 10, 2009
Oleh: ShueQry
Bila bos Anda marah pada Anda, memaki, mencaci atau simply mengkondem Anda, maafkan saja. Jika Anda juga marah atas sikapnya itu, means Anda membuka ruang untuk pemikiran negatif menguasai Anda.
Untuk kekal positif, kekal bersemangat pada tahap tinggi, hati Anda perlu jadi macam Malaikat. Jadi seorang yang pemaaf, mudah memberi maaf dan mudah menerima maaf.
Kita manusia, tapi kita ada pilihan untuk meniru sikap Malaikat, juga untuk mengikuti akhlak Nabi Muhammad s.aw. Bagi sungguh baik hati, pemaaf, jujur dan professional dalam apa jua dilakukan olehnya.

KEJAHATAN ITU BUKAN SATU KEBETULAN…

Oleh: PAHROL MOHAMAD JUOI
sb10064243i-001Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja nenentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya… rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan… tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.

[Baca Lagi]

Sabtu, Mei 09, 2009

Aktiviti ‘Kuasa 1 jam'

Sabtu, Mei 09, 2009

Oleh: Dr. Inspirasi
Salam inspirasi pembaca sekalian. Tanpa membuang masa, ayuh untuk post hari ini! :-)

Time

Anda mempunyai 24 jam dalam sehari. Bagaimana anda hendak menjadikanya bermakna?

Apa kata anda memperuntukkan 1 jam daripada 24 jam sehari yang ada untuk melakukan aktiviti ‘ Kuasa 1 Jam’. ‘Kuasa 1 jam’ merupakan gelaran yang diberikan oleh speaker Kanada, Azim Jamal kepada aktiviti ini. Menurut beliau aktiviti ini dapat memberi pertumbuhan yang positif kepada kehidupan anda.

Aktiviti ‘Kuasa 1 jam’.

  1. Luangkan 20 minit untuk lakukan visualisasi impian anda.
  2. Luangkan 20 minit untuk senaman.
  3. Terakhir, luangkan 20 minit untuk membaca sesuatu yang memberi motivasi seperti www.drinspirasi.com atau buku yang memberi informasi.

Nasib Pencacai Ashaab al-Ukhdood

Oleh: Ustaz Hasrizal
“Bawa budak itu ke puncak gunung. Tiba di sana, kamu ugut dia. Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya.

s0236

Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting. Orang-orang suruhan raja yang zalim itu sudah bersedia untuk melaksanakan arahan.

doa_kalah_musuh

“Ya Allah, percukupkan aku daripada kejahatan mereka dengan apa-apa sahaja cara yang Engkau kehendaki!” doa si anak muda itu.

Terbaru!

Kata-kata Motivasi Harian

Video Motivasi




Sembang


ShoutMix chat widget

Pengikut

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi