Selasa, Januari 22, 2008

Nota Jutawan: Nota Motivasi- Buku baru Irfan Khairi

Selasa, Januari 22, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/nota-jutawan/

Buku terbaru saya, Nota Jutawan: Nota Motivasi, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd boleh didapati di pasaran. Untuk sementara waktu sahaja, bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya, tetapi sukar untuk mencarinya di kedai, boleh dapatkannya sekarang secara online.

promo-pics.jpg

Petikan dari belakang buku:

Menjadi seorang jutawan merupakan impian semua orang. Membaca pengalaman seorang yang telah pun mencapai taraf jutawan ialah tindakan yang paling wajar.

Buku ini bukan tentang perniagaan Internet. Irfan Khairi berkata dia merancang untuk menjadi jutawan ketika berumur 18 tahun. 3 tahun kemudian barulah beliau berjumpa dengan perniagaan yang kebetulan melalui Internet. Katanya lagi “Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan.”

Anda juga. Anda boleh menjadi jutawan dalam bidang yang anda ceburi sekarang! Bagaimana? Buku penuh warna warni ini memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik!

Setiap muka surat adalah berwarna penuh dan menggunakan kertas glossy… memang high quality. Hanya terbaik untuk tatapan anda dan juga untuk pemberian kepada orang yang disayangi- untuk rakan, anak, murid, ibu, bapa, guru, suami, isteri, boyfriend, girlfriend… sesiapa sahaja! Klik play di bawah untuk melihat review buku Nota Jutawan bersama Dangsuria di WW, Astro Awani…


  • Harga buku: RM39.90
  • Pengendalian & penghantaran: RM3.10
  • Jumlah: RM43.00

====================

PEMBAYARAN KAD KREDIT

Klik pada button di bawah. Sebagai langkah keselamatan, penghantaran buku akan dilakukan ke alamat yang tertera di kad kredit sahaja.

====================

PEMBAYARAN BANK-IN / INTERNET BANKING

  • Bank: CIMB
  • Nombor Akaun : 1253-0013642-05-7
  • Nama: Irfan Khairi Sdn. Bhd.
  • Nombor pendaftaran syarikat: 719344P
  • Jumlah bank-in: RM43.00

Selepas membuat bayaran, sila email info@rahsiainternet.com dengan tajuk Email: “Nota Motivasi” bersamaan:

  • Nama
  • Alamat E-Mail anda
  • Nombor transaksi (PENTING)
  • Alamat untuk menghantar buku anda
  • Scan bank-in slip pembayaran anda (sekiranya menggunakan bank-in)
  • Maklumat perkhidmatan online banking yang anda gunakan (sekiranya menggunakan online banking)

Rabu, Januari 16, 2008

“Jutawan” bersama pakar motivasi; Dato Dr Fadzilah Kamsah!

Rabu, Januari 16, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/jutawan-bersama-pakar-motivasi-dato-dr-fadzilah-kamsah/

Hari ini saya menjalankan rakaman JUTAWAN! bersama pakar motivasi yang tidak perlu saya perkenalkan lagi, Dato Dr Fadzilah Kamsah. Pertama kali bersua dan beramah mesra dengan Dato’, sambil minum kopi, memang seronok. Sejak belajar lagi saya berangan akan bertemu DFK di arena yang sama, kini sudah bertemu.

dfk3.jpg

Walaupun kami di bawah label yang sama, Telaga Biru, tapi, inilah kali pertama saya berjumpa DFK- kedua-dua sibuk! Oh ya, buku terbaru DFK, “Petua Menangani Stress” dilancarkan serentak dengan “Nota Jutawan, Nota Motivasi”. Kalau pergi ke kedai, jangan lupa dapatkan kedua buah buku ini!

DFK bila bersemuka, memang gayanya sama seperti di TV. Memang beliau amat peramah dan buat saya rasa senang berbual. 3 jam bersamanya (1 jam rakaman Jutawan… lagi 2 jam, berbual-bual!), terasa sekejap sahaja. Dan dalam waktu yang suntuk itu, banyak saya pelajari bagaimana beliau dapat menjadi motivator utama Malaysia! Insyaallah saya akan aplikasikan ;)

Pengumuman hari ini:

Program bicarawara JUTAWAN bersama Irfan Khairi kini di slot baru (ya… tukar lagi!) ke setiap hari Rabu jam 7.15malam.

Mengapa ditukar lagi? Alhamdulillah, Jutawan adalah antara top rated shows di Radio24 dan diberitahu hari Rabu adalah hari paling ramai pendengar radio!

Rancangan bersama DFK akan disiarkan pada Rabu hadapan 7.15pm di radio24 93.9FM.

Tip hari ini, pesanan DFK kepada semua:

Terlalu banyak peluang perniagaan sebagai PIONEER (pertama sekali dalam pasaran- rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar) di Malaysia.

DFK memberi contoh dirinya sendiri, saya dan juga Chef Li. mencapai kejayaan dengan menjadi pioneer- tetapi, masih BANYAK lagi ruang pioneer di Malaysia!

Bagaimana hendak melihat peluang menjadi pioneer dalam perniagaan anda? jangan lepas “Jutawan bersama Irfan Khairi” minggu hadapan!

Special thanks to my good friend, soundman/pilot Muzamil for helping- ini kali pertama Jutawan dirakam di luar studio!

Sabtu, Januari 12, 2008

Koleksi ebook motivasi

Sabtu, Januari 12, 2008
1. 7 Teknik Menghadapi Peperiksaan. 12 Februari 2009
Ketahui Cara sebenar ketika anda menghampiri saat-saat peperiksaan menjelang. Amalkan tips ini untuk menghasilkan kekuatan diri dan mendapat kejayaan cemerlang. [Download]

2. Gerak Hati Motivasi Minda. 12 Februari 2009
E-Book ini dihasilkan untuk memberi motivasi dan menyalurkan maklumat umum
mengenai subjek yang akan dibincangkan. Ia boleh dianggap sebagai mengandungi
nasihat kuanseling, motivasi, membina keyakinan diri. [Download]

3. How To Motivate People 10 Februari 2009
Penulisan dalam bentuk peta minda. [Download]

4. 7 Teknik Menghadapi Peperiksaan. (PowerPoint) 12 Februari 2009
Ketahui Cara sebenar ketika anda menghampiri saat-saat peperiksaan menjelang. Amalkan tips ini untuk menghasilkan kekuatan diri dan mendapat kejayaan cemerlang. [Download]

5. Motivasi Pembelajaran 12 Februari 2009
Penerangan menghasilkan motivasi bagi pelajar sekolah. [Download]

6. 7 Little Known Goal Setting Tips 13 Februari 2009
Petua mencapai kejayaan [Download]

7. Koleksi Artikel Motivasi 13 Februari 2009
Kisah menarik yang dapat meningkatkan motivasi. Dalam bahasa indonesia. [Download]

Lagu Motivasi










Koleksi Video Motivasi



























Dendam 1

Dendam 2

Dendam 3

Keseronokan Bekerja 1


Keseronokan Bekerja 2


Keseronokan Bekerja 3


Mengatasi Rendah Diri 1


Mengatasi Rendah Diri 2


Mengatasi Rendah Diri 3


Mengatasi Rendah Diri 4


Terbaru!

Kata-kata Motivasi Harian

Video Motivasi




Sembang


ShoutMix chat widget

Pengikut

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi