Selasa, Ogos 26, 2008

Perniagaan dan motivasi yang pantas

Selasa, Ogos 26, 2008
Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/perniagaan-dan-motivasi-yang-pantas/

speed.jpgDalam perniagaan DAN motivasi diri, “kepantasan” adalah kunci. Dalam buku The Secret, ia menyebutkan tentang…

The universe likes speed (Alam sukakan pada kepantasan)

Kalau melihat mereka yang berjaya, ramai melakukan kerja dengan pantas. Pantas bukan sahaja maksudnya melakukan perkara dengan cepat, tetapi, juga yang penting, memulakan sesuatu itu dengan cepat!

Kepantasan akan memberi seseorang itu:

  • Momentum yang sukar untuk dihentikan. Bayangkan sebuah kereta yang laju… kalau tekan break, mesti masih sukar untuk berhenti.
  • Berganda-ganda pengalaman. Bila pantas, kita dapat melakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Teringat saya kisah Anthony Robbins ketika masih muda (dan bekerja sebagai trainer sebuah syarikat), beliau memberi 4 training sebulan berbanding rakan2 pejabatnya yang menjalakan 1 training sebulan. Katanya, dengan menjalankan 4 training sebulan, dirinya mendapat 4 kali ganda pengalaman berbanding rakan-rakannya.
  • Kepantasan memberi kita fokus yang hebat. Apabila kita mempunyai matlamat perniagaan dan hidup dan memberi komitmen untuk mencapainya dengan pantas, minda kita akan memeberi fokus yang amat tinggi untuk mencapainya.

Sekiranya anda terasa diri anda dalam keadaan yang tidak bermotivasi. Atau belum lagi mencapai matlamat-matlamat anda, tanya pada diri sendiri… adakah anda melakukan perkara2 untuk mencapainya dengan pantas? Ataupun anda berlengah-lengah dan melakukan segalanya perlahan-lahan… kata mat salleh:

Taking your own sweet time :)

So, crank up the volume, dan lakukan segala-galanya dengan pantas!

ps: Bagi yang selalu ikut perkembangan saya, pasti dapat lihat bagaimana saya selalu gunakan strategi “kepantasan” untuk mencapai apa sahaja matlamat. Bulan ini sahaja saya menjalankan 4 workshop Jutawan Internet- dua di KL (awal bulan dan Sabtu lepas), Brunei (semalam) dan Singapura (Sabtu akan datang). Berbanding dengan pakar kewangan lain (tak kira bidang apa) yang menjalankan public seminar setahun 2-3 kali sahaja.

Dengan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta Workshop Jutawan Internet KL, Brunei & Singapore (Sabtu ni) kerana memberi peluang saya berkongsi maklumat dengan anda semua! Memang seronok… ni pun tengah tunggu flight balik ke KL dari Brunei. Malam ni ke Ipoh pula sebab ada talk pagi esok. Jumaat ini ke Singapura. Memang pantas.

Pastikan anda juga pantas dalam motivasi dan perniagaan!

Rabu, Ogos 20, 2008

20082008

Rabu, Ogos 20, 2008
Oleh: ShueQry

Hari ini bertarikh 20.08.2008. Pada hari ini, beberapa sejarah dunia tercipta, especially dalam acara renang sukan Olimpik Beijing 2008.

Paling hangat di perkatakan adalah kejayaan Michael Phelps meraih 8 pingat emas, memadam rekod yang pernah dicapai Mark Spitz dengan 7 pingat emas dalam acara renang tahun 1972.

Jumaat, Ogos 15, 2008

Menaikkan semangat pada bila-bila masa sahaja

Jumaat, Ogos 15, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/menaikkan-semangat-pada-bila-bila-masa-sahaja/

Masih lagi saya nak sentuh mengenai Olympic. Actually Olympic dapat mengajar banyak perkara mengenai motivasi. Kalau anda lihat sebelum sesuatu perlumbaan, atau acara, camera akan fokus pada setiap atlit yang hendak bersaing sorang demi sorang. Masing-masing ada gaya tersendiri untuk “pump-up” atau naikkan semangat diri sendiri.

Topik ikan yu semalam :) Michael Phelps juga mempunyai gaya tersendiri sebelum mula renang. Perasan tak beliau mesti dengar ipodnya sebelum renang. Beliau sebenarnya dengar lagu rap, kerana lagu rap membuatnya bersemangat untuk renang laju.

Pernah saya terbaca pesanan Anthony Robbins mengatakan, satu startegi untuk menaikkan semangat kita pada bila-bila masa sahaja, adalah dengan menciptakan satu ritual. Satu keadaan dimana ia akan menjadikan kita bersemangat secara tiba-tiba. Kita sendiri boleh mencipta satu keadaan untuk trigger semangat kita secara tiba-tiba.

Dulu, tak silap masa sukan SEA ada jaguh angkat berat Malaysia (again kalau tak silap), setiap kali sebelum angkat berat, akan jerit sekuat hati: “Ayah!”. Ini sebagai ritual untuk kuatkan semangatnya.

Saya juga mempunyai ritual sendiri iaitu kalau nak memotivasikan diri time tengah “slow” saya pasang ipod saya lagu rock dengan kuat! Lepas dengar dua-tiga lagu… terus bersemangat balik :)

Sekiranya anda tidak pernah cuba teknik motivasi ini, why not give it a try. Cari sesuatu yang boleh trigger motivasi anda. Dan jadikannya sebagai satu ritual untuk trigger motivasi anda pada bila-bila masa sahaja. Trigger tersebut tak semestinya dengar lagu rap/rock atau menjerit sekuat hati :) Boleh juga trigger yang bersifat “menenangkan” seperti melihat keindahan alam atau melihat ikan di kolam. Bergantung kepada jiwa masing-masing!

ps: “Ritual” dalam bahasa malaysia apa ya? ;) saya tak tau…

Khamis, Ogos 14, 2008

Rahsia mencapai kecemerlangan pingat emas

Khamis, Ogos 14, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/mencapai-pingat-emas/

Bagi yang minat olympic, pastinya terpaku didepan TV je sejak beberapa hari lepas. Saya sendiri dulu-dulu ikut juga Olympic, tapi, waktu ni sibuk sikit, so, tak sempat nak ikuti…

phelps.jpgWalaubagaimanapun, kalau tak ikut Olympic, satu nama yang pasti kita dengar Olympic Beijing kali ini adalah Michael Phelps- pemenang emas bagi acara renang dan kini beliau telah memenangi 11 pingat emas secara terkumpul daripada Olympic. Satu record baru yang dahulunya di pegang oleh atlit seperti Carl Lewis dengan 9 pingat emas.

Olympic Beijing ini sahaja Phelps sudah mengumpul 5 pingat emas.

Apakah rahsianya?

“I have so many races, so much to do in every race, I have to keep 100 per cent focused. No matter how good, you have to force it out of your head,” -Michael Phelps

  • 100% fokus
  • Jangan fikir diri kita sudah bagus (penting ni)
  • Bersaing dengan diri sendiri, dan bukan oran lain!

Walaupun kita tak masuk Olympic, tapi, strategi Phelps adalah sesuatu yang kita juga perlu ada!

ps: Mana taknya hebat berenang… saya tengok badannya pun dah macam bentuk ikan yu (shark/jaws)!

Khamis, Ogos 07, 2008

Permulaan Yang Baik Bukan Suatu Jaminan

Khamis, Ogos 07, 2008

Oleh: Ust. Hasrizal

Jika yang disuruh pilih, ukurannya adalah harta, maka harta itu mudah dikira.

Jika yang disuruh pilih, hitungannya adalah rupa, maka rupa tidak luput dinilai mata.

Andai yang disuruh pilih, ketentuannya adalah keturunan, maka keturunan itu sudah jelas di ketentuan.

Akhirnya yang disuruh pilih itu, adalah pada yang beragama. Sedangkan agama itu sulit sekali mahu diukur.

[Baca Lagi]

Rabu, Ogos 06, 2008

Wang atau Kebahagiaan- yang mana pilihan anda?

Rabu, Ogos 06, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/wang-atau-kebahagiaan/

Sering saya ditanya…

Mana satu nak dipilih? Wang atau kebahagiaan? Mana yang lebih penting?

Infact, di TV pun ketika “live” 2-3 kali soalan begini ditanya. Dan jawapan saya… kenapa perlu pilih satu?

T Harv Eker (jutawan & penulis buku kekayaan) pernah berkata apabila di tanya soalan yang sama:

Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?

Sering kali, yang bertanya soalan begini, adalah mereka yang sedia tidak mempunyai wang. Atau, mereka yang mempunyai wang, tetapi, mengabaikan kebahagiaan hidup.

Teringat pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam Mentor Jutawan: Kita perlu imbangkan kekayaan & kebahagiaan. Dalam erti kata lain, perlu pilih kedua-duanya… bukan memilih SATU sahaja ;)

Lepas ni, kalau saya terima soalan yang sama, boleh saya jawap seperti T Harv Eker…

Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?

Lebih direct… dan membuat orang berfikir. Mengapa perlu pilih SATU sahaja? Boleh tak kita miliki kedua-dua sekali!

Isnin, Ogos 04, 2008

Adakah anda bersedia untuk jadi kaya?

Isnin, Ogos 04, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/bersedia-untuk-jadi-kaya/

Adakah anda bersedia untuk jadi kaya? Maksud saya, betul-betul minda anda bersedia untuk menerima pendapatan yang lebih?

Sekiranya seseorang itu di dalam mindanya tidak “bersedia” untuk jadi kaya, dia akan terus dalam keadaan semasanya. Contoh…

  • Sering kita lihat di negara barat, bila terdapat pemenang loteri berjuta dollar hadiah kemenangan, selepas beberapa bulan, atau tahun, orang tersebut habis kesemua wangnya!
  • Ada juga kisah-kisah tempatan yang terjadi pada pemilik tanah-tanah felda menerima habuan berjuta untuk tanah mereka, tetapi, tak sampai setahun atau beberapa tahun, semua wang tersebut habis dan mereka dalam keadaan sama seperti sebelum menerima wang!
  • Fikirkan pula keadaan diri kita sendiri… untuk beberapa tahun yang lepas, adakah pendapatan kita lebih kurang dalam lingkungan yang sama sahaja? Kalau naik pun sedikit… sedikit dan tidak mendadak?

Ini adalah beberapa simtom-simtom apabila kita tidak “bersedia” menjadi kaya di dalam minda / mentally. Amat-amat-amat bahaya sekiranya minda kita tidak bersedia untuk jadi kaya oleh kerana, tak kira rezeki datang mencurah macam mana pun, at the end of the day, ia akan kembali ke keadaan asal!

Saya kenal ramai usahawan yang menjalankan perniagaan berpendapatan dalam lingkungan RM10,000-RM20,000… sejak 5,10 tahun yang lepas. Keuntungan di situ sahaja tidak lebih dan tidak kurang.

Mengapa jadi begini?

Jawapan saya adalah mereka tidak bersedia untuk keuntungan RM30,000… RM50,000 dan lebih dari itu sebulan!

Jumaat, Ogos 01, 2008

Mentor Jutawan: Dato’ Dr Azman Ching

Jumaat, Ogos 01, 2008
Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/mentor-jutawan-dato-dr-azman-ching/

mentorlogo-small.gifSo, hari ni kita ambil sedutan startegi dari Mentor Jutawan terakhir (last but not least!), kawan baik & mentor saya, Dr Azman Ching, Jutawan MLM. Rasanya tak perlu lagi pengenalan kepada beliau!

Sejak minggu sudah, memang banyak Mentor Jutawan telahpun dimiliki pembaca. Infact, dalam masa seminggu, lebih 300 ebook telah terjual! Matlamat kami untuk jadikan Mentor Jutawan ebook yang laris di Internet berada pada jalan yang betul ;) Macam mana pun, ianya masih lagi awal dan kami akan terus promosikan Mentor Jutawan sehingga beribu-ribu terjual supaya lebih ramai tahu “what it takes” dan strategi-strategi untuk menjadi jutawan! So, tak terjebak lah dalam skim-skim cepat kaya di luar sana :)

Soalan saya kepada Azman Ching adalah mengenai matlamat. Untuk tatapan anda sempena matlamat Mentor Jutawan untuk jadi ebook terlaris di Malaysia!

===================

IK: Apa pentingnya mempunyai matlamat?

Azman Ching: Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, tetapi manusia meninggal dengan meninggalkan nama. Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau diingati oleh keluarga kita. Tetapi yang paling penting adalah apakah matlamat yang kita capai.

Tak kisahlah matlamat kita apa pun samada nak mejadi seorang peguam ataupun doktor, tapi yang paling penting adalah matlamat kita tercapai. Kita boleh tengok yang baru-baru ini, matlamat seorang angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa. Kita nampak apabila matlamat kita tercapai, itu akan menjadikan kita sebagai manusia menjadi lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya dalam kehidupannya.

Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.

===================

Suka saya ulangi:

Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.

Jadi bagi anda yang bercita-cita ingin keluar dari masalah kewangan, atau menambahkan pendapatan anda, atau mencapai bebas kewangan… atau sehingga ingin menjadi jutawan sekali pun! perlu mempunyai matlamat besar. Matlamat besar bermula dengan langkah yang kecil.

mentorlogo-small.gifLangkah kecil anda mungkin dengan hanya memiliki ebook Mentor Jutawan untuk mengetahui rahsia, strategi dan tips 8 jutawan-jutawan terpilih yang dimuatkan. Bagi yang belum mendapatkannya, boleh dapatkannya di sini!

Bagi yang menyertai program affiliate Mentor Jutawan, teruskan usaha anda. Hari ini, kami akan masukkan wang komisyen ke dalam akaun anda bagi mereka yang telah capai jualan minimum! Hebat… ramai yang peroleh komisyen >RM100 dalam masa seminggu! Yang lebih RM200 pun ada juga!

Bagi yang masih rasa susah untuk perolehi komisyen dari Mentor Jutawan, jangan takut. Kerana atas permintaan anda, krew Rahsia Internet sedang menyediakan ebook baru bagaimana untuk mendapat pendapatan yang tinggi melalui program affiliate. Insyaallah akan siap dalam masa seminggu lagi! :) Saya akan umumkan di sini bila siap minggu depan!

Selamat bercuti!

Terbaru!

Kata-kata Motivasi Harian

Video Motivasi




Sembang


ShoutMix chat widget

Pengikut

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi