Selasa, Ogos 26, 2008

Perniagaan dan motivasi yang pantas

Selasa, Ogos 26, 2008
Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/perniagaan-dan-motivasi-yang-pantas/

speed.jpgDalam perniagaan DAN motivasi diri, “kepantasan” adalah kunci. Dalam buku The Secret, ia menyebutkan tentang…

The universe likes speed (Alam sukakan pada kepantasan)

Kalau melihat mereka yang berjaya, ramai melakukan kerja dengan pantas. Pantas bukan sahaja maksudnya melakukan perkara dengan cepat, tetapi, juga yang penting, memulakan sesuatu itu dengan cepat!

Kepantasan akan memberi seseorang itu:

  • Momentum yang sukar untuk dihentikan. Bayangkan sebuah kereta yang laju… kalau tekan break, mesti masih sukar untuk berhenti.
  • Berganda-ganda pengalaman. Bila pantas, kita dapat melakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Teringat saya kisah Anthony Robbins ketika masih muda (dan bekerja sebagai trainer sebuah syarikat), beliau memberi 4 training sebulan berbanding rakan2 pejabatnya yang menjalakan 1 training sebulan. Katanya, dengan menjalankan 4 training sebulan, dirinya mendapat 4 kali ganda pengalaman berbanding rakan-rakannya.
  • Kepantasan memberi kita fokus yang hebat. Apabila kita mempunyai matlamat perniagaan dan hidup dan memberi komitmen untuk mencapainya dengan pantas, minda kita akan memeberi fokus yang amat tinggi untuk mencapainya.

Sekiranya anda terasa diri anda dalam keadaan yang tidak bermotivasi. Atau belum lagi mencapai matlamat-matlamat anda, tanya pada diri sendiri… adakah anda melakukan perkara2 untuk mencapainya dengan pantas? Ataupun anda berlengah-lengah dan melakukan segalanya perlahan-lahan… kata mat salleh:

Taking your own sweet time :)

So, crank up the volume, dan lakukan segala-galanya dengan pantas!

ps: Bagi yang selalu ikut perkembangan saya, pasti dapat lihat bagaimana saya selalu gunakan strategi “kepantasan” untuk mencapai apa sahaja matlamat. Bulan ini sahaja saya menjalankan 4 workshop Jutawan Internet- dua di KL (awal bulan dan Sabtu lepas), Brunei (semalam) dan Singapura (Sabtu akan datang). Berbanding dengan pakar kewangan lain (tak kira bidang apa) yang menjalankan public seminar setahun 2-3 kali sahaja.

Dengan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta Workshop Jutawan Internet KL, Brunei & Singapore (Sabtu ni) kerana memberi peluang saya berkongsi maklumat dengan anda semua! Memang seronok… ni pun tengah tunggu flight balik ke KL dari Brunei. Malam ni ke Ipoh pula sebab ada talk pagi esok. Jumaat ini ke Singapura. Memang pantas.

Pastikan anda juga pantas dalam motivasi dan perniagaan!

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi