Rabu, September 03, 2008

Upah atau beri hadiah kepada diri sendiri

Rabu, September 03, 2008
Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/upah-atau-beri-hadiah-kepada-diri-sendiri/

gift.jpgSekiranya anda sudah bekerja keras, dan mencapai matlamat-matlamat anda (tak kira kecil atau besar), berhenti sebentar dan upah diri sendiri- reward yourself!

Sering kali apabila kita terlalu kerja keras dalam mengejar cita-cita, kita tidak berkesempatan untuk mengupah diri sendiri for a job well done. Kita terus kerja, dan kerja… ini terutamanya bagi mereka yang sudah berumah tangga kerana bekerja untuk kebahagiaan keluarga… tanpa memikirkan keadaan diri sendiri.

Dengan tidak mengupah diri sendiri, ia akan mengurangkan tenaga dan semangat kita. Mengupah atau menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri terutamanya sesuatu yang menarik minat kita sendiri memberi kesan motivasi supaya terus berusaha!

Bayangkan sekiranya sukan Olympic, para atlit tidak diberi pingat atau sebarang ganjaran. Agaknya mereka akan terus bersaing atau tidak? :)

Jadi ingat… jangan terus kerja / usaha sahaja… berhenti & pat yourself on the back. Hadiahkan sesuatu kepada diri!

ps: Bila upahkan diri sendiri perlu berpada-pada juga… jangan capai matlamat mengumpul RM10,000, terus pergi beli home cinema RM8,000 pulak! ;)

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi