Siapa aku? Dari mana asalku? Mengapa aku berada di dunia ini? Lalu untuk apa?
Mengapa aku dilahirkan dan kemudian tua lalu mati? Mengapa begitu sahaja kehidupan aku di dunia ini? Fahamilah dan rasakanlah kehidupan berspiritual yg sebenar untuk memahami kehidupan di mana kita berasal daripada Allah turun ke Bumi kemudian kembali ke asalnya iaitu Allah.
Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun.
Spritual bukanlah memasuki kumpulan memori yang tersimpan di dalam alam bawah sedar seperti melihat dan mendengar multimedia (dengan skrin besar) tentang Allah barulah tersentuh jiwanya.



Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja nenentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.




