Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/apakah-langkah-seterusnya/
Ramai yang menangguh-nangguhkan melakukan sesuatu kerana terlalu banyak berfikir langkah-langkah yang akan datang tak menentu. Biar saya jelaskan…
Mungkin, nak memulakan perniagaan Internet, tetapi fikir kalau pelanggan minta refund macam mana? kalau nak promote menerusi search engine, macam mana? kalau nak buat blog untuk promote produk macam mana?
TETAPI, bila ditanya… nak jual apa di Internet? Jawapannya… “belum tau lagi!”
Langkah pertama pun masih belum buat, mengapa pula hendak fikirkan langkah 7, 8, dan 9?
Sememangnya perancangan penting- tetapi, perancangan yang melewat-lewatkan kerja sendiri, hanya memudaratkan diri. Kita dok fikirkan langkah-langkah yang jauh ke hadapan, sedangkan, langkah awal, langkah asas, langkah pertama kita tak buat pun lagi. Bukan sahaja untuk perniagaan Internet ya… untuk apa sahaja.
Pakar psikologi mengatakan, keadaan ini terjadi apabila seseorang itu “sengaja” tidak mahu meletakkan tanggungjawab pada diri sendiri. Jadi, mencipta alasan-alasan yang jauh kehadapan untuk menangguhkan kerja.
Bagaimana hendak menangani ini?
Apa kata anda ibaratkan anda seperti memandu kereta. Dari Johor, ke KL… (dari mana-mana pun takpe, nanti bukan orang Johor kecik hati pula
)
Ok, anda dari Johor ke KL, dan anda memandu pada malam hari. Just say, lampu-lampu kat highway tiada, dan hanya lampu kereta anda sahaja menyuluhi jalan. Apa yang anda nampak? Adakah anda nampak 100 kilometer di hadapan? Adakah anda nampak 10km di hadapan? Adakah anda nampak 1km di hadapan?

Sudah tentunya tidak! Lampu anda hanya menyuluh lebih kurang 50-100 meter dihadapan sahaja bukan?
Tetapi, adakah anda meneruskan perjalanan, walaupun anda tak dapat melihat 1km… 10km… 100km akan datang?
Sudah tentunya ya! kerana anda yakin, lambat laun anda akan sampai KL juga, walaupun apa yang anda perlu lakukan adalah, sampai sahaja yang 100 meter pertama itu terlebih dahulu, dan 100 meter yang seterusnya anda akan dapat lihat!
Sama juga dengan melakukan sesuatu, jangan terlalu risau sangat langkah 7, 8, 9 dan seterusnya sekiranya ia hanya melewat-lewatkan langkah pertama anda memulakan sesuatu! Mulakan lagkah pertama, dan langkah-langkah seterusnya akan menjadi lebih terang! Jadi seperti memandu kereta di malam hari
Zoom!



Tanda kelima yang perlu anda perhatikan ialah apabila anda rasa ‘Bawah tempurung lebih selesa daripada padang yang luas’. Begini.
menggunakan cara mereka belajar di sekolah rendah dan menengah. Mereka masih tidak mahu berubah. Mereka sangka jika cara dulu boleh berjaya, tentu ia boleh berjaya untuk sekarang juga. Ada kebenarannya tetapi ada juga yang tidak benar mengenai perkara ini.
Di dalam program yang saya jalankan bersama pelajar di peringkat universiti, saya mendengar banyak keluhan tentang rakan sebilik yang malas belajar, malas bangun pagi, buat assignment saat akhir, suka ponteng kuliah, tidur lewat malam dan bermacam-macam lagi. Apa yang menjadi masalah ialah walaupun pelajar ini mahu berubah menjadi lebih baik, ia terasa terlalu sukar kerana rakan sebilik mereka begitu. Jika berubah dan tidak ikut kawan, mereka bimbang nanti dipinggirkan dan tidak ada orang yang mahu berkawan dengan mereka.
Tanda yang keempat ialah ‘Berkawan dengan orang yang malas mandi pagi’. Hmm… siapalah pula yang malas mandi pagi dan siapalah yang suka berkawan dengan orang begini?
Sekiranya anda sudah bekerja keras, dan mencapai matlamat-matlamat anda (tak kira kecil atau besar), berhenti sebentar dan upah diri sendiri- reward yourself!

