Khamis, September 11, 2008

Perniagaan produk informasi & motivasi diri

Khamis, September 11, 2008

Pagi tadi di WW, Wanita & Wang saya dapat berkongsikan sedikit mengenai menjual produk informasi di Internet. Ada beberapa tip mencipta produk informasi yang terhangat di pasaran di atas! Klik button play di atas untuk lmenonton. *Tip: tekan play, kemudian tekan pause. Apabila loading bar dah penuh, tekan play semula untuk memastikan klip tak tersekat-sekat macam Astro bila hujan*

Sedikit tambahan di sini, dalam klip saya sebut tentang “being in the driver seat” dan “menjadi own boss”… salah satu episod Wanita & Wang saya beri beberapa perbezaan minda kaya dan minda miskin. So, nak elaborate sikit di sini…

Ini kerana, tidak seperti menjual “produk” yang sudah sedia ada di pasaran di Internet, untuk meghasilkan produk informasi sendiri, perlukan usaha dan komitmen yang lebih tinggi. Kalau nak jual produk, kita boleh dapatkan produk dari pemborong, dan jual semula online.

Tetapi, kalau nak hasilkan produk informasi sendiri, perlu sit down and get to it! Perlu menulis dan menyusun produk anda untuk jadikannya terhangat di pasaran. Oleh sebab itulah perlu mempunyai MINDA KAYA untuk membuat keputusan dan memberi komitmen.

MINDA KAYA sebagai perumpamaan, perlu berada di “driver seat”. Seorang yang membuat keputusan hala tuju diri sendiri. Mereka ini jenis yang tak perlu di suruh untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan diri. Contohnya, dalam perbincangan di atas, maksudnya dengan inisiatif sendiri mencari masa dan mencipta produk informasi sendiri.

So, minda kaya mempunyai prinsip diri yang teguh untuk melakukan sesuatu tanpa perlu didesak orang- in other words, dengan inisiatif sendiri. Menganggap diri sebagai boss, dan tiada boss di atas diri sendiri.

Bila menganggap kita adalah boss kepada diri sendiri, tanggungjawab kita untuk melakukan apa sahaja untuk menjadi bebas kewangan. Dengan keputusan dan pilihan sendiri, mengambil masa dan memberi dedikasi mungkin satu bulan untuk menghasilkan produk informasi sendiri.

MINDA MISKIN pula adalah apabila kita umpama “penumpang” sahaja. Kita biar orang lain yang ambil keputusan untuk diri kita. Kita lihat orang lain buat sesuatu yang menguntungkan (tak semestinya wang), kita tak tentu akan ikut. Kita bersikap tunggu dan lihat. Selagi tidak didesak atau tidak di suruh, kita tidak lakukan sesuatu yang kita sendiri tahu memberi pulangan. Dalam erti kata lain, tidak dapat membuat keputusan dan memberi komitmen kepada diri sendiri. Mudahan dijauhkan minda miskin dari kita.

So, jangan lupa klik PLAY pada klip di atas untuk mengikuti perbincangan menjadi usahawan informasi. Dan aplikasikan MINDA KAYA anda hari ini :)

(*Note: Maksud saya minda kaya dan minda miskin, bukan orang kaya dan orang miskin. Tetapi, MINDA kaya dan MINDA miskin)

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi