Isnin, April 28, 2008

Tak perfect lagi!

Isnin, April 28, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/tak-perfect-lagi/

Ramai antara kita yang menunggu sesuatu itu sempurna sebelum melakukannya atau memulakannya. Mereka ini digelar “perfectionist”. Tak kurang juga yang langsung tidak memulakan sesuatu kerana ia belum sempurna.

Contoh: Tidak memulakan perniagaan kerana perancangan belum sempurna

Nasihat saya, lakukan sahaja, walaupun sesuatu itu belum lagi sempurna. Perbaiki kelemahan dan jadikannya sempurna secara beransur-ansur.

Diri saya sendiri bukanlah seorang yang “perfectionist”. Tetapi, saya sering ambil peluang yang ada dan fix things along the way! :)

Sabtu, April 26, 2008

Sepantas kilat!

Sabtu, April 26, 2008
Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/sepantas-kilat/

rich.jpgSekiranya anda mempunyai idea perniagaan, lakukannya serta merta- sepantas kilat!

Richard Branson, pengasas syarikat penerbangan Virgin Atlantic hanya mengambil masa 6 bulan daripada mula berbincang mengenai idea memulakan syarikat penerbangan sendiri, sehingga penerbangan pertama Virgin Atlantic… 6 bulan sahaja!

Begitu juga dengan Virgin Finance, beliau hanya mengambil masa kurang daripada 6 bulan untuk memulakan syarikat insurans sendiri. Dimana, syarikat insurans biasanya di UK mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk bermula.

Kunci kejayaan Richard Branson adalah melakukan sesuatu sepantas kilat! Ia akan menggamamkan pesaing-pesaing anda dan memberi anda momentum yang sangat tinggi untuk meneruskan perniagaan.

ps: “Jutawan! bersama Irfan Khairi” di radio24 hari ini saya ceritakan tentang perniagaan Internet. Tiada ikon jemputan kali ini sperti minggu lepas… sambungan edisi “Jutawan Internet bhg II”. Beberapa tip perniagaan yang belum pernah saya dedahkan, ada saya kongsikan ;) Sekiranya anda ingin mengikuti, anda boleh dengar secara streaming di www.radio24.com.my (ulangan jam 12tgh mlm nanti)

pps: Workshop Jutawan Internet terdekat adalah 12hb April 2008. Sekiranya anda mempunyai idea perniagaan Internet, anda juga perlu mengambil langkah sepantas kilat!

Selasa, April 22, 2008

Kegagalan dan pilihan- tip dari 2 judge

Selasa, April 22, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/kegagalan-dan-pilihan-tip-dari-2-judge/

Tip kali ni saya nak pinjam tip 2 kenalan judge saya untuk anda. Saya letakkan bawah tip motivasi & perniagaan kerana ada 2 nasihat yang saya kira amat berguna dari 2 judge Nescafe Kickstart hari Ahad lepas. Dengar betul-betul nasihat from judge Azah Yasmin (3R) dan Weng Keong. Walaupun, nasihat tersebut untuk perserta, tapi, ianya adalah amat baik untuk kita fikirkan sekali!

Azah sebut tentang “kegagalan” (motivasi) dan Weng Keong sebut tentang “pilihan” (perniagaan).


On another note, tahniah to Laloque kerana menang. Juga I am very proud and happy of finalist, Razaisyam. Definitely akan jadi director yang dikenali Malaysia.

Insyaallah, kita jumpa lagi di nescafe Kickstart musim ke-5 tahun depan!

ps: Tip “YouTube”, tekan pause terlebih dahulu. Bila loading bar dah banyak, then baru tekan play. Dengan cara ini, video akan lebih smooth dan tak tersekat-sekat.

Sabtu, April 12, 2008

Sudah bekerja keras tapi… tak berjaya juga!

Sabtu, April 12, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/sudah-bekerja-keras-tapi-tak-berjaya-juga/

Sering saya dengar keluhan ini:

Saya dah kerja keras setahun dua… tapi sampai hari ni tak berjaya juga!

breakstones.gifUntuk menjawab keadaan ini sekiranya anda tergolong dalam keadaan ini, saya ingin ibaratkan sebagai kerja “pemecah batu”.

Zaman-zaman dulu, kalau nak pecahkan batu, perlu lakukan manually. Zaman sekarang guna machine… tapi, kita lihat zaman dulu lah ye.

So, zaman dulu, untuk memecah batu, perlu lakukan manually. Dengan penukul besar, pekerja perlu bertalu-talu mengetuk batu tersebut. Ketuk 10 kali… macam tu juga rupa batu tu. Ketuk 50 kali, macam tu juga rupa batu tu. Tak pecah pecah… ketuk 100 kali pun, tak pecah juga…

Tetapi, ketuk kali yang entah keberapa, terus batu tersebut pecah berkecai!

Walaupun, kesemua ketukan tersebut adalah pada kekuatan yang sama, maksudnya, bukan ketukan yang terakhir itu kuat daripada yang lain- semua sama kekuatan sahaja. Lambat laun, batu tersebut akan berpecah berkecai dengan satu ketukan sahaja- yang entah keberapa. Tetapi, ia akan mustahil pecah tanpa pukulan-pukulan sebelumnya!

Kejayaan anda juga perlu diibaratkan sebegitu. Kesemua usaha anda akan diambil kira- walaupun tak nampak dilihat kejayaannya atau pulangannya pada zahirnya, tetapi, ia perlu diteruskan secara konsisten sehingga anda jumpa “pukulan” terakhir tersebut! Pukulan terakhir tersebut akan menunjukkan hasil daripada kesemua uasaha-usaha anda sebelum ini.

ps: Alhamdulillah, belakang saya semakin sihat. Insyaallah Ahad ini (13hb April) saya dapat bersama anda di Pesta buku PWTC Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang. Tapi, masih 50-50 lagi kehadiran saya mengikut kesihatan tubuh badan hari ini! Bagi yang berada di PWTC Ahad ini, jumpa saya di gerai Telaga Biru Sdn Bhd. Perlu cari sendiri… saya pun tak tahu nombor gerai ;)

Jumaat, April 04, 2008

Tidak Bersih Islam Dengan Kotor Muslim

Jumaat, April 04, 2008
Oleh: Ust. Hasrizal

“Kita kena tunjukkan kepada orang-orang kafir yang kita orang Islam ini tidak semudah itu diperkotak-katikkan”, bentak seorang ‘pembela Islam’.

“Ya, biar mereka tahu siapa kita!”, tegas seorang yang lain.

“Ajar kafir laknat tu!”, berapi-apinya seorang ‘pahlawan Islam’ yang seorang lagi.

Tunjukkan! Buktikan! Biar mereka nampak!

[Baca Lagi]

Terbaru!

Kata-kata Motivasi Harian

Video Motivasi




Sembang


ShoutMix chat widget

Pengikut

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi