Sabtu, April 26, 2008

Sepantas kilat!

Sabtu, April 26, 2008
Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/sepantas-kilat/

rich.jpgSekiranya anda mempunyai idea perniagaan, lakukannya serta merta- sepantas kilat!

Richard Branson, pengasas syarikat penerbangan Virgin Atlantic hanya mengambil masa 6 bulan daripada mula berbincang mengenai idea memulakan syarikat penerbangan sendiri, sehingga penerbangan pertama Virgin Atlantic… 6 bulan sahaja!

Begitu juga dengan Virgin Finance, beliau hanya mengambil masa kurang daripada 6 bulan untuk memulakan syarikat insurans sendiri. Dimana, syarikat insurans biasanya di UK mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk bermula.

Kunci kejayaan Richard Branson adalah melakukan sesuatu sepantas kilat! Ia akan menggamamkan pesaing-pesaing anda dan memberi anda momentum yang sangat tinggi untuk meneruskan perniagaan.

ps: “Jutawan! bersama Irfan Khairi” di radio24 hari ini saya ceritakan tentang perniagaan Internet. Tiada ikon jemputan kali ini sperti minggu lepas… sambungan edisi “Jutawan Internet bhg II”. Beberapa tip perniagaan yang belum pernah saya dedahkan, ada saya kongsikan ;) Sekiranya anda ingin mengikuti, anda boleh dengar secara streaming di www.radio24.com.my (ulangan jam 12tgh mlm nanti)

pps: Workshop Jutawan Internet terdekat adalah 12hb April 2008. Sekiranya anda mempunyai idea perniagaan Internet, anda juga perlu mengambil langkah sepantas kilat!

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi