Sabtu, September 20, 2008

Apakah langkah seterusnya?

Sabtu, September 20, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/apakah-langkah-seterusnya/

Ramai yang menangguh-nangguhkan melakukan sesuatu kerana terlalu banyak berfikir langkah-langkah yang akan datang tak menentu. Biar saya jelaskan…

Mungkin, nak memulakan perniagaan Internet, tetapi fikir kalau pelanggan minta refund macam mana? kalau nak promote menerusi search engine, macam mana? kalau nak buat blog untuk promote produk macam mana?

TETAPI, bila ditanya… nak jual apa di Internet? Jawapannya… “belum tau lagi!”

Langkah pertama pun masih belum buat, mengapa pula hendak fikirkan langkah 7, 8, dan 9?

Sememangnya perancangan penting- tetapi, perancangan yang melewat-lewatkan kerja sendiri, hanya memudaratkan diri. Kita dok fikirkan langkah-langkah yang jauh ke hadapan, sedangkan, langkah awal, langkah asas, langkah pertama kita tak buat pun lagi. Bukan sahaja untuk perniagaan Internet ya… untuk apa sahaja.

Pakar psikologi mengatakan, keadaan ini terjadi apabila seseorang itu “sengaja” tidak mahu meletakkan tanggungjawab pada diri sendiri. Jadi, mencipta alasan-alasan yang jauh kehadapan untuk menangguhkan kerja.

Bagaimana hendak menangani ini?

Apa kata anda ibaratkan anda seperti memandu kereta. Dari Johor, ke KL… (dari mana-mana pun takpe, nanti bukan orang Johor kecik hati pula :) )

Ok, anda dari Johor ke KL, dan anda memandu pada malam hari. Just say, lampu-lampu kat highway tiada, dan hanya lampu kereta anda sahaja menyuluhi jalan. Apa yang anda nampak? Adakah anda nampak 100 kilometer di hadapan? Adakah anda nampak 10km di hadapan? Adakah anda nampak 1km di hadapan?

carnight.jpg

Sudah tentunya tidak! Lampu anda hanya menyuluh lebih kurang 50-100 meter dihadapan sahaja bukan?

Tetapi, adakah anda meneruskan perjalanan, walaupun anda tak dapat melihat 1km… 10km… 100km akan datang?

Sudah tentunya ya! kerana anda yakin, lambat laun anda akan sampai KL juga, walaupun apa yang anda perlu lakukan adalah, sampai sahaja yang 100 meter pertama itu terlebih dahulu, dan 100 meter yang seterusnya anda akan dapat lihat!

Sama juga dengan melakukan sesuatu, jangan terlalu risau sangat langkah 7, 8, 9 dan seterusnya sekiranya ia hanya melewat-lewatkan langkah pertama anda memulakan sesuatu! Mulakan lagkah pertama, dan langkah-langkah seterusnya akan menjadi lebih terang! Jadi seperti memandu kereta di malam hari :) Zoom!

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi