Rabu, Ogos 06, 2008

Wang atau Kebahagiaan- yang mana pilihan anda?

Rabu, Ogos 06, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/wang-atau-kebahagiaan/

Sering saya ditanya…

Mana satu nak dipilih? Wang atau kebahagiaan? Mana yang lebih penting?

Infact, di TV pun ketika “live” 2-3 kali soalan begini ditanya. Dan jawapan saya… kenapa perlu pilih satu?

T Harv Eker (jutawan & penulis buku kekayaan) pernah berkata apabila di tanya soalan yang sama:

Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?

Sering kali, yang bertanya soalan begini, adalah mereka yang sedia tidak mempunyai wang. Atau, mereka yang mempunyai wang, tetapi, mengabaikan kebahagiaan hidup.

Teringat pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam Mentor Jutawan: Kita perlu imbangkan kekayaan & kebahagiaan. Dalam erti kata lain, perlu pilih kedua-duanya… bukan memilih SATU sahaja ;)

Lepas ni, kalau saya terima soalan yang sama, boleh saya jawap seperti T Harv Eker…

Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?

Lebih direct… dan membuat orang berfikir. Mengapa perlu pilih SATU sahaja? Boleh tak kita miliki kedua-dua sekali!

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi