Rabu, Januari 16, 2008

“Jutawan” bersama pakar motivasi; Dato Dr Fadzilah Kamsah!

Rabu, Januari 16, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/jutawan-bersama-pakar-motivasi-dato-dr-fadzilah-kamsah/

Hari ini saya menjalankan rakaman JUTAWAN! bersama pakar motivasi yang tidak perlu saya perkenalkan lagi, Dato Dr Fadzilah Kamsah. Pertama kali bersua dan beramah mesra dengan Dato’, sambil minum kopi, memang seronok. Sejak belajar lagi saya berangan akan bertemu DFK di arena yang sama, kini sudah bertemu.

dfk3.jpg

Walaupun kami di bawah label yang sama, Telaga Biru, tapi, inilah kali pertama saya berjumpa DFK- kedua-dua sibuk! Oh ya, buku terbaru DFK, “Petua Menangani Stress” dilancarkan serentak dengan “Nota Jutawan, Nota Motivasi”. Kalau pergi ke kedai, jangan lupa dapatkan kedua buah buku ini!

DFK bila bersemuka, memang gayanya sama seperti di TV. Memang beliau amat peramah dan buat saya rasa senang berbual. 3 jam bersamanya (1 jam rakaman Jutawan… lagi 2 jam, berbual-bual!), terasa sekejap sahaja. Dan dalam waktu yang suntuk itu, banyak saya pelajari bagaimana beliau dapat menjadi motivator utama Malaysia! Insyaallah saya akan aplikasikan ;)

Pengumuman hari ini:

Program bicarawara JUTAWAN bersama Irfan Khairi kini di slot baru (ya… tukar lagi!) ke setiap hari Rabu jam 7.15malam.

Mengapa ditukar lagi? Alhamdulillah, Jutawan adalah antara top rated shows di Radio24 dan diberitahu hari Rabu adalah hari paling ramai pendengar radio!

Rancangan bersama DFK akan disiarkan pada Rabu hadapan 7.15pm di radio24 93.9FM.

Tip hari ini, pesanan DFK kepada semua:

Terlalu banyak peluang perniagaan sebagai PIONEER (pertama sekali dalam pasaran- rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar) di Malaysia.

DFK memberi contoh dirinya sendiri, saya dan juga Chef Li. mencapai kejayaan dengan menjadi pioneer- tetapi, masih BANYAK lagi ruang pioneer di Malaysia!

Bagaimana hendak melihat peluang menjadi pioneer dalam perniagaan anda? jangan lepas “Jutawan bersama Irfan Khairi” minggu hadapan!

Special thanks to my good friend, soundman/pilot Muzamil for helping- ini kali pertama Jutawan dirakam di luar studio!

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi