Khamis, November 06, 2008

Cita-cita Obama sejak sekolah rendah!

Khamis, November 06, 2008
Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/cita-cita-obama-sejak-sekolah-rendah/

obama.jpgMungkin semua dah tau, prez US baru Barack Obama. Saya suka baca biografi-biografi orang yang berjaya, dan antara banyak-banyak info yan gmenarik mengenai Obama, adalah, beliau telah bercita-cita untuk menjadi president ketika di bangku sekolah lagi. Sekolah rendah!

Ketika Obama bersekolah rendah di Indonesia, seperti kita masa di sekolah rendah kita perlu tulis, bila besar nanti nak jadi apa. Standard lah, jawapan saya masa kecil dulu, Polis, Bomba, Askar… dan budak2 perempuan pula Pembaca berita, Pramugari & Cikgu :) begitu juga rakan2 Obama yang lain…

Tapi, bagi Barack Obama, cita-citanya sejak sekolah rendah adalah menjadi “PRESIDENT”! :)

Kalau seseorang boleh berpegang kepada cita-cita sejak sekolah rendah lagi dan mencapainya sehingga kini, apa lagi kita yang dah besar pandai- pastinya boleh mempunyai cita-cita & mencapainya!

ps: Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had akan diadakan pada Sabtu ini 8hb November. Sekiranya anda menjalankan perkhidmatan, dan ingin tahu cara mendapat pelanggan tanpa had menggunakan Internet, klik di sini!

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi