Jumaat, Disember 26, 2008

Berani lantang bersuara

Jumaat, Disember 26, 2008
Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/berani-bercakap/

“Speak your mind!”

Dalam perniagaan (dan juga hidup) adakalanya kita takut hendak bercakap dan berkongsikan idea atau pendapat kita. Sekiranya dalam meeting, atau perjumpaan, sesetngah daripada kita lebih suka berdiam sahaja dan tidak bercakap langsung.

Walaupun ada sesuatu hendak dikatakan, tetapi, biar sahaja terbuku di hati… simpan dalam :)

Sebab apa? Sebab “malu” nanti kita tersilap kata…. atau malu nanti apa pula orang cakap tentang idea kita… atau takut apa yang kita nak cakap tidak dapat diterima ramai.

Sekiranya anda begitu, berikut adalah tips untuk lantang bersuara:

  1. Ketahui apa yang anda hendak cakap
  2. Lantang bersuara apa yang anda hendak katakan dengan jelas dan penuh yakin
  3. Ketahui bahawa setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing

Sekiranya terdapat pihak yang tidak setuju dengan apa yang anda katakan, tak mengapa- expect it! Kerana mereka juga mengikut langkah 1-2-3 di atas. Jangan takut sekiranya dikritik- untuk berjaya, SEMUA orang akan dikritik apabila melahirkan apa sahaja idea.

Masalahnya adalah apabila kita TIDAK berkata dan bercakap kerana TAKUT kena kritik! :)

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi