Jumaat, Disember 19, 2008

Passion is more important than brains & talent

Jumaat, Disember 19, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/passion-is-more-important-than-brains-talent/

Ada istilah ni yang berbunya:

Passion is more important than brains & talent

Maksudnya, passion (keghairahan/minat) adalah lagi penting daripada kebijaksanaan & bakat. Sememangnya saya setuju oleh kerana terdapat 2 jenis orang yang saya sering jumpa:

Jenis pertama, adalah mereka ada banyak idea. Idea pun hebat-hebat belaka, takde yang tak hebat :) Tetapi, sekadar idea sahaja dan tersimpan dalam kepala. Mungkin “idea perniagaan” atau apa sahaja, tetapi, hanya sekadar tersimpan dalam fikiran dan tidak melakukan apa pun untuk mereliasasikan apa di kepala.

Jenis kedua pula, mempunyai banyak idea. Idea pun tak kurangnya hebat. tetapi, mereka mempunyai passion/keghairahan/minat dalam diri sendiri untuk melihat idea tersebut terhasil. Dengan passion, sesuatu idea itu akan menghasil. Tetapi, tanpa passion, itulah dianya… tersimpan dalam kepala sahaja.

Alhamdulillah, saya fikir diri saya adalah yang ke-dua. Saya memang banyak idea… dan saya terus implementasikannya kerana mempunyai passion/keghairahan atas segala idea.

Nasihat saya, sekiranya anda tergolong dalam golongan yang pertama tu, sekiranya anda mempunyai idea- katalah your next big idea, apa kata anda terus kan sahaja implementasikannya. Dengan terus memulakan sesuatu idea, ia kaan memberi momentum dan passion kepada anda.

Jangan hanya simpan di kepala sahaja kerana, diberi beberapa hari… beberapa minggu, beberapa bulan… hilanglah segala idea dan passion keatas idea tersebut! :)

Selamat bercuti!
=====

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, workshop perniagaan Internet saya paling hampir adalah pada hujung minggu ini. Workshop Jutawan Internet pada hari Ahad 21/12/08- klik di sini untuk maklumat lanjut.

Workshop mini Terhangat di Pasaran dan Pelanggan Tanpa Had pula pada Sabtu 20/12/08. Ketiga-tiga workshop ini sebagai penutup tirai 2008. So, anda boleh mulakan azam baru memulakan perniagaan Internet 2009 mengikut passion dan minat anda :)

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi