Khamis, April 02, 2009

Saya tidak mahu jadi sederhana..

Khamis, April 02, 2009

Oleh: Dr. Inspirasi

Dalam kehidupan ini terdapat tiga jenis orang.Orang yang pertama adalah orang yang digelar sederhana.Mereka ini golongan yang mahu hidup dalam keadaan sederhana sahaja.Mereka tidak takut akan kegagalan.Mereka takut kepada kemenangan.

Golongan ini sebenarnya tahu apa yang dimaksudkan kemenangan.Mereka tahu apa yang perlu diberi untuk mendapatkannya.Mereka tahu mereka perlu memberi usaha yang lebih daripada sepatutnya dalam mencapainya.Ini menyebabkan mereka menjadi penakut

Kalau mereka inginkan sesuatupun mereka akan berhenti di pertengahan jalan kerana telah penat dengan apa yang telah diberikan.Mereka sekadar memulakan dan tidak meneruskannya.

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi