Isnin, Februari 02, 2009

2 positif lawan 1 negatif… siapa menang?

Isnin, Februari 02, 2009

Oleh: Irfan Khairi

simon.jpgKatakan dalam satu group, ada 10 ahli. Dalam group tu pula ada 2 orang yang berfikiran positif, bercakap positif, dan berkelakuan positif. Dalam group tu juga, ada 1 orang berfikiran negatif, bercakap negatif, dan berkelakuan negatif.

Apa akan terjadi pada group itu bila mengandungi 2 orang positif, dan 1 orang negatif? 2 positif lawan 1 negatif, siapa akan menang?

Jawapan: Yang 1 negatif akan menang :(

Ini kerana, sesuatu yang “negatif” lebih senang di sebarkan. Perkara negatif juga lagi senang untuk “berjangkit”. Yang negatif lagi senang untuk difikirkan.

Contohnya, kalau dalam satu pejabat, ada 2-3 orang yang berfikiran positif… dan ada sorang sahaja berfikiran negatif. Yang negatif tu pasti akan menjatuhkan moral dan semangat teman-teman pejabat yang lain, tak kira walaupun ada 2-3 orang lain yang bersemangat, positif & mempunyai keyakinan tinggi.

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi