Isnin, Julai 28, 2008

Mentor Jutawan: Billi Lim, Jutawan Berani Gagal

Isnin, Julai 28, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/mentor-jutawan-billi-lim/

mentorlogo-small.gifMajoriti daripada kita pernah mengalami kegagalan. Lebih daripada 90% antara kita pernah mengalami kegagalan in one way or another. Apa yang membezakan mereka yang gagal & mereka yang berjaya disimpulkan oleh Mentor Jutawan, “Guru kegagalan”, Billi Lim

===================

Billi, boleh jelaskan how to use failure as a stepping stone towards success?

Billi Lim: Pada saya ‘When you lose, don’t lose the lesson’. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates ‘What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab ‘I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!

Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang itu takut gagal!

===================

mentorlogo-small.gifSelain daripada nasihat-nasihat Billi Lim mengenai kegagalan, dalam Mentor Jutawan, ada berbagai-bagai kisah kegagalan Jutawan-jutawan di dedahkan. Dan bagaimana mereka menyusun strategi, yang anda sendiri boleh ikut, untuk mencapai kecemerlangan. Bagaimana saya gagal dalam perniagaan Internet, bagaimana Azizi Ali gagal dalam perniagaan kedai muziknya, bagaimana Chef Li gagal dalam 2 perniagaan makanannya!

Apa kata jadikan kisah-kisah kegagalan ini sebagai sumber inspirasi & motivasi untuk anda capai kejayaan anda juga.

Untuk mendapatkan Mentor Jutawan, lawati http://www.irfankhairi.com/mentor Rugi siapa tak memilikinya! :)

ps: Workshop Jutawan Internet terdekat akan dijalankan pada hari Sabtu ini (2/7/08). “Pelajari Cara Memulakan Perniagaan Internet yang Menguntungkan dari Rumah dalam masa 7 hari”. Klik di sini untuk maklumat lanjut! (2 tempat tinggal!)

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi