Rabu, Julai 09, 2008

Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?

Rabu, Julai 09, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/berfikiran-negatif-dan-berfikiran-positif-mana-mudah/


konsep1.jpgBulan ini saya dipaparkan sebagai cover story majalah baru bernama “KONSEP”. Majalah ini baru masuk keluaran ke-3. Keluaran pertama, cover story Nurul Izzah & keluaran kedua pula Amy Search. Yang bestnya, saya keluar lepas Amy Search tu. Peee wit! :) Baru rock!

Soalan di cover majalah Konsep: Kenapa IK tak gemar baca Akhbar?

Apa yang saya nak kongsikan adalah, sekiranya minda kita dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif, menjadi dominan… itu yang bahaya.

Contohnya, kalau kita terdengar kawan kita kata:

“Eh, ko tau tak kat muzium ada si polan ni nak duduk dalam sangkar dengan 200 ular berbisa selama satu minggu”

Selalunya apa yang kita fikirkan? Sering kali negatif:

  • Kerja gila si polan tu, kena patuk ular, terus gol… baru dia tau (dah gol, nak tau apa lagi ye tak?)
  • Takde kerja si polan tu, nak cari publisiti murah!
  • Buang masa je, baik buat benda lain yang berfaedah & tak bahaya!

Betul kan? Ini kerana zaman ini, bila kita didedah dengan terlalu banyak perkara negatif, maka, negatif lah dalam pemikiran kita. Ini menjadikan berfikir negatif itu mudah. Sebabkan berfikir negatif itu mudah, sebab itu banyak point-point yang negatif akan keluar dulu dengan pantas.

Lawannya pula adalah berfikir positif. Kini, untuk berfikir positif anda perlu usaha lebih sikit. Sebab ia menjadi sukar berfikir positif. Mungkin anda fikir:

  • Wah, hebat si polan ni. Sudah tentu polan ni melalui latihan minda dan fizikal yang amat tinggi nilainya!
  • Bagus juga si polan ni, silap-silap dapat masuk dalam Book of World Records! Mari kita beri sokongan!
  • Kalau si polan boleh melakukan sesuatu yang luar biasa, aku pun boleh juga! Ini satu inspirasi!

Setuju tak bahawa berfikir negatif adalah mudah dan berfikir positif adalah susah?

Itu adalah antara sebab saya tak baca akhbar, untuk memastikan saya kurang terbaca berita-berita negatif dengan niat untuk mem-positifkan diri saya ;)

Tapi, majalah saya baca… majalah yang beri informasi-informasi positif… atau kalau akhbar tu keluar cerita mengenai saya, baru saya beli :)

So, kalau ke kedai, dapatkan majalah Konsep. Bagus juga majalah ni, size dia kecik, macam Reader’s Digest. Isi kandungan juga amat baik- banyak informasi ilmiah. Lebih kurang konsep Reader’s Digest boleh dikatakan, dan banyak menitik beratkan Islam. Tahniah kepada majalah “Konsep”!

*Note: kalau anda jenis suka baca akhbar, jangan risau- takde salahnya. Boleh teruskan sahaja. Cuma, perlu latih diri supaya tak ter-influence dengan berita negatif yang dibaca dan tidak terbawa-bawa kepada diri sendiri :)

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi