Rabu, Julai 23, 2008

Mentor Jutawan: Azizi Ali, Jurulatih Jutawan

Rabu, Julai 23, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/perniagaan-internet/mentor-jutawan-azizi-ali-jurulatih-jutawan/

mentorlogo-small.gifBagi pembeli-pembeli awal Mentor Jutawan, sila check di bahagian main page kat bawah, versi berapa anda punya ebook Mentor Jutawan. kalau versi 1.0, maka, anda perlu download versi baru versi 1.1.

Versi 1.1 adalah latest setelah some spelling errors di perbetulkan, dan also penambahan gambar sikit2… so, buat masa ini, versi 1.1 adalah yang lengkap. Untuk dapatkan versi 1.1, ikut sahaja email asal yang anda terima. Download di tempat sama, dan guna username dan password sama.

Yang belum dapatkan Mentor Jutawan, boleh dapatkan Mentor Jutawan di sini

Hari ini, kita ambil sedutan temubual bersama Jurulatih Jutawan kita, Azizi Ali!

===================

Azizi ada satu lagi rahsia jutawan yang saya ada aplikasikan sekarang iaitu ‘aliran pendapatan berganda’. Di mana dalam bahasa Englishnya adalah ‘multiple streams of income’.

Apakah maksudnya dan bagaimanakah kita nak gabungkan ‘after burner income’ dan ‘multiple streams of income’?

AA: Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya ‘multiple streams of income’. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.

Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu ‘Multiple sources of Income’. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat ‘after burner income’ di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.

*Dapatkan Mentor Jutawan di sini untuk banyak lagi strategi dari 8 Mentor Jutawan!

===================

Ulasan jawapan Azizi Ali: Bukan lagi rahsia, anda cuma perlu lihat mana-mana jutawan, pastinya mereka mempunyai MSI “Multiple Source of Income”. Ia adalah cara untuk menggandakan pendapatan anda dengan cepat. Seperti saya sendiri kini, memiliki perniagaan online, perniagaan offline, sewa hartanah, royalti buku, jemputan ceramah dan sebagainya.

So, lihat pendapatan anda… adakah multiple? atau hanya satu?

mentorlogo-small.gifTip panas untuk affiliate: Saya telah hubungi secara peribadi beberapa affiliate yang mempunyai jualan yang tinggi (Ada yang telah capai RM200 dalam masa 2-3 hari ni), dan meminta mereka kongsikan strategi mereka. Maka, ini 3 tip utama untuk menambahkan jualan affiliate anda:

  • Jangan lakukan hype!
    Contoh hype: Beli mentor jutawan, anda gerenti 110% boleh jadi jutawan!! Sambil duduk rumah goyang kaki minum kopi. Kalau tak, saya berani potong jari!!!
    Relax bro… jangan lebih-lebih :) be natural. Beri pandangan ikhlas dari hati selepas membaca Mentor Jutawan. Pendapat ikhlas untuk membantu orang akan mendapat sambutan yang lebih hebat berbanding dengan iklan yang penuh dengan hype membuta. Orang akan kaitkan hype dengan scam. Sebab itu, hype tidak menjadi.
  • Setkan mood pembaca
    Tulis sesuatu yang membuat pembaca atau pelawat laman web/blog anda dalam keadaan minda sudah bersedia untuk beli. Iklan satu dua baris… atau iklan banner atau text link, kurang berkesan. Kalau boleh, tulis satu artikel mengenai Mentor Jutawan. Lagi banyak maklumat anda berikan, bertambah mood pembaca untuk membeli. Apabila mereka klik link affiliate anda, mereka sudah bersedia untuk beli!
  • Bantu.. bantu… dan bantu. Bukan jual!
    Cara yang amat baik, iaitu bantu pembaca anda. Bukan promosi menjual. Bantu pembaca faham pentingnya strategi-strategi jutawan. Bantu mereka untuk lihat betapa Mentor Jutawan mendapat sambutan yang amat tinggi dari beberapa testimonial yang diberi. Bantu mereka untuk mendapat inspirasi & mempelajari strategi-strategi jutawan.

Sebenarnya, kalau lihat ketiga-tiga tip ini berkaitan. Bottom line is, untuk anda recommend secara ikhlas. Keihklasan anda membantu orang ramai akan mendapat pulangan dalam berbagai-bagai cara, bukan sahaja wang ringgit.

So, all the best! bagi yang belum menyertai affiliate Mentor Jutawan, klik di sini.

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi