Isnin, Jun 09, 2008

3 Sumber keyakinan diri - Sumber 1.3

Isnin, Jun 09, 2008
Oleh: Osman Affan

Jika kita benar-benar mahu meningkatkan keyakinan diri untuk melakukan apa sahaja, ada beberapa perkara yang harus kita lakukan berdasarkan tips sumber pertama keyakinan diri ini. Sebelum itu, bayangkan diri kita dalam satu situasi yang selalu membuat kita rasa tidak yakin dan lemah semangat. Contohnya, untuk pelajar, mungkin situasi di mana mereka perlu belajar subjek-subjek yang dikatakan sukar. Bagi mahasiswa dan mahasiswi, mungkin mereka tidak yakin semasa hendak membentangkan hasil kajian mereka di depan pelajar lain dan juga pensyarah. Bagi pekerja, mungkin mereka tidak yakin untuk berucap atau meluahkan idea mereka di hadapan orang lain terutamanya orang yang lebih berpangkat.

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi