Isnin, Jun 16, 2008

Bila cartoon memberi motivasi

Isnin, Jun 16, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/bila-cartoon-memberi-motivasi/

Saya suka menonton cartoon/animasi terutama Disney punya. Dan baru-baru ni saya menonton Kungfu Panda. Tip hari ini ada spoiler untuk Kungfu Panda, kalau anda belum tengok lagi, dan tak mahu terbaca spoiler… tak perlu baca tip hari ini ;)

mtr.jpg

The best thing about Disney punya movies, mesti ada mesej-mesej motivasi/inspirasi sebagai tema cerita. Salah satu favourite saya adalah dari “Meet The Robinsons”

Tema cerita ini adalah untuk meraikan kegagalan & jangan putus asa. tema yang digunakan adalah “Keep moving forward!”. teringat saya satu scene dimana budak (watak utama) yang merupakan seorang pencipta, gagal dalam ciptaannya. Apa yang jadi adalah, keluarganya sorak gembira dan celebrate/meraikan kegagalan tersebut!

Mesejnya adalah, kalau tak gagal, takkan capai kejayaan… “Keep moving forward!” sebab itu kegagalan adalah satu yang positif dalam keluarga “Meet the Robinsons”.

kup.jpg

Dan yang terbaru adalah “Kungfu Panda”. Mesej yang disampaikan adalah “The secret is… YOU!”. Dimana watak Panda berusaha mencari “rahsia” dalam Kung-fu. Akhirnya, panda pun dapat rahsianya yang merupakan sebuah scroll lama yang memberi reflection kepada dirinya sendiri (macam cermin). Maka…

Sebenarnya tiada rahsia untuk mencapai kejayaan… tetapi, rahsianya adalah cerminkan diri anda sendiri! “The secret is… YOU!”

Mr Walt Disney adalah seorang yang amat kreatif dan bermotivasi tinggi. Walaupun sudah tiada, tetapi, cerita-cerita Disney tetap menyampaikan mesej-mesej motivasinya melalui filem-filem mereka.

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi