Selasa, Mei 20, 2008

Siapakah “mastermind” group anda?

Selasa, Mei 20, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/siapakah-mastermind-group-anda/

Pernahkah anda dalam keadaan perlu membuat keputusan? Mungkin dalam perniagaan, kewangan atau kehidupan seharian. Namun, anda menghadapi jalan buntu apabila ingin melakukan keputusan tersebut…

Caranya adalah untuk anda bayangkan anda mempunyai sekumpulan pembuat keputusan. Kumpulan tersebut terdiri daripada idola anda atau pakar-pakar industri masing-masing. Kumpulan ini dipanggil “Mastermind group”.

Bayangkan ketika anda buntu membuat keputusan, anda merujuk kepada kumpulan “imaginasi” anda atau “mastermind group” anda. Anda boleh meletakkan sesiapa sahaja anda inginkan di dalam kumpulan anda.

Kemudian, anda bagaikan “berdialog” dengan kumpulan anda. Mungkin anda boleh bertanya…

  • “Sekiranya Bill Gates ingin mencipta produk baru,produk berkonsep apa yang akan diciptakan?”
  • “Sekiranya Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai wang sebegini, di mana beliau akan menyumbang kepada masyarakat?”
  • “Sekiranya Jamie Oliver diberi peluang memulakan rancangan TV baru, bagaimanakah konsepnya?”

Siapa teka bahawa soalan-soalan di atas adalah soalan yang saya tanya, memang betul pun :)

Dengan mempunyai “mastermind group” kita sendiri, kita akan mendapat idea-idea yang menarik daripada sesi “mindstorming” kita sendiri. Bunyi macam kerja gila bercakap seorang diri? Jangan terkejut, ini adalah idea daripada buku kekayaan terlaris di dunia- “Think & Grow Rich” oleh Napolean Hill.

ps: Sedikit rahsia… ketika saya menemuramah Dato Dr Fadzilah Kamsah, beliau juga menggunakan sebahagian daripada konsep ini, bahawa beliau sering “berdialog” dengan buku-buku bacaannya! Jeng jeng jeng! :)

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi