Isnin, Mac 03, 2008

Hangat-hangat tahi ayam..

Isnin, Mac 03, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/hangat-hangat-tahi-ayam/

Kita semua pernah dengar peri bahasa tu kan? dan ada kalanya, kita juga terjerat dalam keadaan “hangat-hangat tahi ayam”.

Pada mulanya, semangat berkobar-kobar nak lakukan “sesuatu”. Motivasi pun tinggi! Semangat tinggi! Bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.

Alih-alih, 2-3 hari atau 2-3 minggu atau 2-3 bulan kemudian, habis semua lentur. Motivasi, semangat dan keyakinan hilang…

Bagaimana caranya untuk maintain dan meneruskan sesuatu motivasi?

Cara saya adalah dengan melakukan “sesuatu” tersebut setiap hari. Jangan lakukan sedikit sahaja, atau cukup syarat sahaja, tetapi lakukan bersungguh-sungguh setiap hari. Ini akan menambahkan momentum anda.

The trick is, jangan biarkan satu hari berlalu tanpa anda melakukan perkara tersebut kerana ini akan mengurangkan momentum anda.

Katalah anda ingin memulakan perniagaan Internet. Setiap hari, lakukan sesuatu supaya anda lebih dekat dalam mencapai matlamat anda tersebut. Tak kira sama ada membaca mengenai perniagaan Internet, memperbaiki idea perniagaan internet anda, membeli web hosting dan domain name untuk perniagaan Internet dan sebagainya. Setiap hari MESTI ada sesuatu yang anda lakukan untuk perniagaan Internet.

Aplikasi cara ini untuk apa sahaja yang anda ingin lakukan. Kebanyakan kita sering mengalami penyakit hangat-hangat tahi ayam ini. Dan ianya adalah amat merugikan apabila momentum kita hilang.

Keep the momentum going!

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi