Jumaat, Februari 22, 2008

Banyak perniagaan atau satu sahaja?

Jumaat, Februari 22, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/banyak-perniagaan-atau-satu-sahaja/

Dua hari lepas dalam program bual saya, “Jutawan bersama Irfan Khairi” di Radio24 saya berkesempatan menemubual Dato Hussamuddin, pengasas Kumpulan Karangkraf. Karangkraf adalah penerbit majalah terbesar di Malaysia- kebanyakan majalah yang anda lihat di kedai2 mamak tu, karangkraf lah yang punya… mereka juga menerbitkan buku dan akhbar…

Memang seronok berbual dengan Dato Hussamuddin, seorang yang sangat-sangat low profile! Patutlah ramai staff karangkraf sayangkannya…

Tip yang saya ingin kongsikan dengan anda yang saya dapat dari Dato Hussamuddin adalah, FOKUS amat penting dalam perniagaan.

Memang saya pernah sebut tentang focus, tetapi, selepas berbual dengan Dato, baru saya faham sepenuhnya…

Dato Hussamudin hanya memiliki perniagaan Karangkraf sahaja. Beliau focus sepenuhnya… saya persoalkan juga, mengapa tidak buka perniagaan lain? Dan beliau berkata, fokus adalah amat penting dalam perniagaan untuk memastikan kejayaan.

Saya juga turut tanya tentang diversify, dan beliau setuju, diversify juga penting, tetapi, sekiranya ingin diversify, pastikan ia kena mengena dengan perniagaan utama.

Sebagai contoh, Karangkraf juga membuka sebuah syarikat percetakan- Ultimate Print.

Contoh yang diberikan adalah, sekiranya Ultimate Print tidak mempunyai pelanggan, dengan hanya mencetak majalah & buku Karangkraf sahaja, sudah boleh hidup.

Namun begitu, kini Ultimate Print juga adalah syarikat percetakan terbesar di Malaysia.

Sehingga kini, Dato Hussamuddin hanya fokus kepada industri penerbitan sahaja dengan Karangkraf & Ultimate Print. Dan keduanya menjadi syarikat gergasi di Malaysia!

Jadi, sekiranya anda hendak memulakan perniagaan baru, pastikan ianya berkaitan dengan perniagaan asal dan keduanya saling membantu sesama sendiri seperti sayrikat penerbitan dan syarikat percetakan!

ps: Sebut tentang Karangkraf, teringat saya artikel saya untuk majalah NUR & Maskulin bulan ini tak siap lagi! ;)

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi