Ahad, Mac 23, 2008

Buang masa sahaja membaca buku

Ahad, Mac 23, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/buang-masa-sahaja-membaca-buku/

Susulan dari post saya semalam… tip hari ini:

Tak kira berapa banyak buku kita baca, sekiranya kita tak aplikasikan apa yang dibaca, tak guna juga. ZERO. Tiada pulangan.

Bagi saya, buang masa sahaja saya membaca kalau saya tidak apply apa yang dibaca

Saya pastikan selepas membaca sebuah buku, sekurang-kurangnya saya akan aplikasikan 3-4 idea serta merta. WAJIB!

Seperti buku “Business The Richard Branson Way”, yang baru saya habis baca beberapa hari lepas, saya dah mula aplikasikannya dan sudah melihat pulangan RM ;)

Jadi ingat… ada orang yang rajin membaca, tetapi tidak lakukan apa-apa pun. Ada juga yang membaca sedikit, tetapi terus aplikasikan apa yang dipelajari untuk mendapat pulangan.

Dalam kes ini, yang membaca sedikit lagi untung berlipat kali ganda.

Bayangkan sekiranya anda membaca banyak, dan aplikasikan juga adalah banyak… memang tiada sebab anda untuk gagal!

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi