PERNAHKAH anda rasa terlalu tertekan atau rendah diri apabila dimarahi ketua juga marah apabila disisihkan rakan sepejabat?
Sekiranya anda seorang pelajar, barangkali rasa malu menyelinap diri apabila dileter guru. Si peniaga pula mungkin kurang bersemangat apabila perniagaan merudum atau rakan sekerja kurang memberikan kerjasama hingga menyebabkan pelbagai masalah lain melanda. Ketika berdepan situasi sedemikian, apa perlu dilakukan?