Khamis, April 30, 2009

‘Living at the present’

Khamis, April 30, 2009
Oleh: Fuad Latip
Semalam saya didatangi oleh beberapa orang pelajar dari kelas lain. Mereka ingin belajar teknik belajar di musim peperiksaan yang seringkali saya jelaskan teknik ini di awal semester pada pelajar kelas saya. Teknik yang ringkas tetapi inshaAllah mampu memberikan fokus kepada pelajar ketika belajar. Tidak kira samada belajar atau membuat penyelidikan juga ketika membuat kerja harian termasuk suri rumah juga boleh menggunakannya.

Defini BAKAT

Oleh: Dr Inspirasi
Terima kasih kepada pengunjung pesta buku PWTC yang telah membeli buku “Apa Bakat Saya?” pada hari Sabtu yang lepas di pesta buku PWTC. Ibu-ibu yang membeli dan menunjukkan kepada anak supaya membacanya. Ribuan terima kasih. Pada mulanya, buku ini agak sukar hendak bersaing dengan penulis buku yang sudah mempunyai nama.

Rabu, April 29, 2009

Aku Ingin Berubah!

Rabu, April 29, 2009
Oleh: Muhriz Rahmat
"Aku Ingin berubah! Ya, Aku Ingin berubah!" Kata-kata ini hanya memperakui perubahan diri dalam tempoh sehari sahaja. Walaupun lelah dada mengulangnya 100 kali dengan satu nafas, ia tidak mampu memberikan kesan yang jitu dalam diri. Memang kelihatan ada perubahan. Namun hanya sementara. Perubahan ini bukan semudah menjadi ultraman ataupun gaban dalam sekelip mata, tapi ini adalah satu perubaahan diri dari negatif kepada positif.


Selasa, April 28, 2009

APAKAH ITU BAHAGIA?

Selasa, April 28, 2009
Oleh: PAHROL MOHAMAD JUOI
Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkannya. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
  • Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

[Baca Lagi]

Khamis, April 23, 2009

Apa itu BAHAGIA?

Khamis, April 23, 2009
Oleh: Dr. Inspirasi
Apa itu bahagia? Saya pasti tiap seorang mempunyai definisi yang berbeza untuk takrif BAHAGIA. Ianya begitu subjektif untuk dihuraikan. Terpanggil saya untuk bercerita mengenai apa itu bahagia dari perspektif seorang menteri. Hehe..Tiada kaitan dengan menteri di Malaysia. :-P “Apakah yang dimaksudkan dengan bahagia, wahai tuan?,” tanya seseorang kepada Yahya Bin Khalid al-Barmaky. Sekadar maklumat, Yahya merupakan salah seorang menteri yang agak terkenal di zaman Bani Abbas.

Selasa, April 21, 2009

Risk…Risiko….

Selasa, April 21, 2009
Oleh: Dr. Inspirasi
Selamat pagi dan salam sejahtera. Hari ini saya inginkan kongsi sebuah kata-kata yang telah diterima oleh Robert Kiyosaki ketika dia masih muda. Sekadar maklumat, Robert Kiyosaki merupakan salah seorang jutawan yang bergiat cergas dalam bidang hartanah dan saham ketika zaman mudanya. Beliau sudah pun mencapai peringakat bebas kewangan. Peringkat ini merupakan peringkat di mana beliau tidak perlu bekerja, tetapi wang tetap masuk ke poketnya.

PISANG DAN HATI

Oleh: Mohd Azri Pawan Teh
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

[Baca Lagi]

Sabtu, April 18, 2009

Motivasi Dari Seorang Ibu

Sabtu, April 18, 2009
Oleh: Muhriz Rahmat
Waktu kecil, saya selalu dikejutkan setiap pagi dengan kata motivasi dari ibu saya. Ibu akan mengeluarkan ayat-ayat manis (ayat pujuk rayu) supaya saya dapat bangun awal. Langkah pertama, ibu akan mendudukkan tubuh saya dari katil. Saya akan terduduk dan sambil mata tertutup rapat, ibu mendengarkan kepada saya sajak motivasi yang direkanya sendiri untuk membangunkan anaknya. (Juga ibu menggunakan nama panggilan manja! -RAHSIA)

Kita Ada Pilihan

Oleh: Syueqry
Dalam sesetengah situasi, kita berdepan dengan cabaran (permasalahan) yang tak diduga dan diluar kawalan kita. Misalnya, masalah kewangan, masalah dengan pihak-pihak tertentu dan masalah perhubungan.

Apa yang boleh kita buat dalam situasi sebegini? Tindakan kita bergantung sepenuhnya pada keputusan kita dan matlamat kita. Kita ada pilihan sama ada nak stay terus dalam masalah atau keluar dari masalah. Berusaha, memang kita kena buat.

[Baca Lagi]

Jumaat, April 17, 2009

Ubah sikap, bersemangat, petua lebih ceria walaupun jiwa bergelora

Jumaat, April 17, 2009
Oleh: Harian Metro
PERNAHKAH anda rasa terlalu tertekan atau rendah diri apabila dimarahi ketua juga marah apabila disisihkan rakan sepejabat?
Sekiranya anda seorang pelajar, barangkali rasa malu menyelinap diri apabila dileter guru. Si peniaga pula mungkin kurang bersemangat apabila perniagaan merudum atau rakan sekerja kurang memberikan kerjasama hingga menyebabkan pelbagai masalah lain melanda. Ketika berdepan situasi sedemikian, apa perlu dilakukan?

Mencari Ketenangan Hati

Oleh: PAHROL MOHAMAD JUOI

tasawuf-21Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi - dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

[Baca Lagi]

Khamis, April 16, 2009

Cinta Memerlukan Orang Lain Untuk Bahagia

Khamis, April 16, 2009
Oleh: ShueQry
Cinta memerlukan orang lain untuk bahagia. Dalam masa yang sama, cinta juga memerlukan orang lain untuk sengsara. Anda pilih yang mana satu?

Anda perlukan orang lain kerana Anda mesti Anda panduan untuk menikmati cinta. Syukurlah jika Anda ada sanak saudara yang benar-benar memahami dan sudi berkongsi pengalaman mereka. Cinta adalah pemula kepada kebahagiaan rumah tangga.

Tips mudah pengurusan masa…

Oleh: Dr. Inspirasi
Tips hari ini dikongsi oleh pakar motivasi luar negara iaitu Brian Tracy. Beliau merupakan seorang pakar motivator dalam bidang matlamat dan pengurusan masa. Beliau berkongsi tips untuk mengatasi sikap membuang masa serta menjadikan masa anda lebih terurus. Anda hanya perlu mengikut 2 langkah mudah untuk memastikan hidup anda tersusun.

Rabu, April 15, 2009

4 Langkah Bagaimana Untuk Melupakan Kekasih Lama

Rabu, April 15, 2009
Oleh: ShueQry
Susah tak melupakan kekasih lama? Memang susah. Tapi, ia sebenarnya tak sesusah sangat bila Anda dah tahu caranya, tekniknya. Apatah lagi bila Anda baru saja putus cinta.

Ada seorang gadis mengadu pada saya, dia susah betul nak lupakan kekasih lama. Sampai sekarang dia masih teringat kekasih lamanya tu dan dia masih berharap moga lelaki yang pernah menjadi kekasihnya mencari dia semula, membina semula hubungan cinta mereka yang dah terputus.

Selasa, April 14, 2009

Jualan Pertama Saya Di Internet (Kisah Motivasi)

Selasa, April 14, 2009
Oleh:Zamri Nanyan
Saya kongsi cerita ni di salah satu forum yang saya lawati dan saya rasa sesuai untuk saya berkongsi dengan anda semua di blog bisnes digital ini. Jadi, saya harap ianya sedikit sebanyak dapat memberikan semangat mendalam buat anda.

Bagaimana sikap tidak takut malu diperlukan untuk menjadi kaya

Oleh: Hengky Andrian

Saya senang sekali ketika teman saya “mas Tomo” menceritakan success story orang– orang yang ada di Indonesia beberapa pekan yang lalu. Saya selalu antusias dan begitu terobsesi ketika cerita selesai. Sayapun kemudian mulai berangan-angan dan memikirkan ide-ide apa saja yang bisa saya kembangkan untuk success seperti tokoh-tokoh itu. Tapi kali ini saya bukan ingin mengungkapkan ide-ide saya kepada anda tapi lebih dari itu. Saya lanjutkan lagi cerita saya, akhirnya saya sempat berdiskusi dan bertanya jawab kepada sahabat saya tersebut yang berujung sampai bahasan mengenai malu.

SM Islam Hidayah Johor Bahru: The Teacher Factor

Oleh: Dr. Shukri Abdullah
Kamis, 12 Mac 2009: Seminar Bijak Belajar Bersama 232 Pelajar Tingkatan 3 dan 5
Pada hari keputusan SPM diumumkan kebetulan saya mengendalikan seminar di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIH-JB). Ini bukan kali pertama … tetapi berulangkali SMIH-JB mencatatkan prestasi yang membanggakan dalam peperiksaan utama negara. Keputusan SPM yang diumumkan semalam ternyata ada peningkatan ketara. Tahnian kepada Pengetua, Pn Kamaliah and team. Ini lebih-lebih lagi memandangkan INPUTnya, yakni kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 ke sekolah berkenaan bukan dari cream yang memperolehi kesemuanya 5A-UPSR seperti SBP, MRSM dan SMKA lainnya, namun prestasi pelajarnya, yakni OUTPUT cukup membanggakan. In many instances they outdo many premeir schools in Johor. Their main competitor, their benchmark is the Malaysian top school at JB … Sekolah Tun Fatimah. Wow !

[Baca Lagi]

Isnin, April 13, 2009

Motivasi Dalam Perniagaan

Isnin, April 13, 2009
Oleh: Yasir
Motivasi yang tinggi sememangnya amat penting untuk kehidupan sebagai seorang usahawan. Life sebagai seorang usahawan ni memang lain dari yang lain. Lihat di sekeliling anda, berapa ramai kenalan rapat anda atau kaum kerabat yang bekerja sendiri?Menyara hidup sebagai sebagai seorang usahawan?.Dalam 10 orang,mungkin dalam 1-2 orang sahaja.

Ahad, April 12, 2009

Matlamat Yang Terlambat Capai..

Ahad, April 12, 2009

Oleh: Dr. Inspirasi

Tersebutlah kisah, pada awal tahun 2008, seorang pemuda telah menulis matlamatnya. Dia telah mencatatkan beberapa matlamat. Salah satunya, pemuda tersebut berharap dia dapat menghasilkan sebuah…………………… Tetapi malangnya, apa yang ditulis tidak menjadi kenyataaan apabila detik 2008 berakhir.

Pelbagai buku motivasi kejayaan telah dibacanya. Dalamnya menyatakankan bahawa untuk memperolehi sesuatu, langkah awal adalah dengan menulis matlamat. Dia telah melakukannya, tetapi mengapa masih gagal? Pemuda itu kehairanan. Mengapa ianya tidak menjadi kenyataan. Adakah semua buku motivasi itu hanya berbicara kata-kata manis sahaja?

[Baca Lagi]

Sabar Dalam Kesusahan Menghasilkan Kesenangan!

Oleh: Muhriz Rahmat
Kursus dalam masa 3 bulan di negari kelantan suatu masa dahulu adalah merupakan antara penjara terjauh saya dengan keluarga. Teringat saat-saat ujian getir keputusan wang di waktu itu. Wang yang luput dan tidak mungkin hilang tanpa saya membelanjakannya dengan begitu rakus. Tragedi ini berlaku pada akhir bulan setelah saya dengan rela hati memberi pinjam wang yang berbaki untuk seorang sahabat. Hingga seminggu selepas itu, baru saya sedari yang saya tidak punya wang lebih untuk berbelanja.

Sabtu, April 11, 2009

Belajar Dari “UNIVERSITI KEHIDUPAN”

Sabtu, April 11, 2009
Oleh: PAHROL MOHAMAD JUOI
Berikut saya coretkan mukaddimah daripada buku terbaru saya : Nota Hati seorang lelaki - gugusan kisah tarbiah sanak, suami dan ayah. Saya menyimpan cita-cita agar buku itu dibaca oleh seramai mungkin pembaca. Mudah-mudahan ia dapat dijadikan titian dan titisan dalam laut rasa yang begitu bergelora. Buku ini bukan untuk “saya” tetapi untuk “kita”. Walaupun buku itu hanya kecil, tetapi cita-cita di sebaliknya besar. Insya-Allah. Ya, Allah permudahkanlah tercapainya harapanku:

[Baca Lagi]

Selasa, April 07, 2009

Saya Benci Kritikan!

Selasa, April 07, 2009
Oleh: Muhriz Rahmat
Kita merasakan diri begitu cemerlang bila asyik menerima pujian dari pelbagai pihak. Sempurna betul dirasa. Tapi nun sana ada yang sedang memerhati sambil tersenyum sinis. “Dia itu syok sendiri”.
u cemerlang bila asyik menerima pujian dari pelbagai pihak. Sempurna betul dirasa. Tapi nun sana ada yang sedang memerhati sambil tersenyum sinis. “Dia itu syok sendiri”.
Anda belum sempurna selagi..
Kritikan yang meruntuh mampu membangunkan kita. Tanpa kritikan, tabir keburukan dan kelemahan diri tidak akan tersingkap. Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Jadi, kenapa perlu takut pada kritikan. Ketahuilah jika anda selalu menerima pujian, itu bermakna orang disekitar anda adalah dikalangan kaki ampu, bodek dan sebagainya.

Sabtu, April 04, 2009

Mendidik Anak Berfikir

Sabtu, April 04, 2009

Oleh: Ust. Hasrizal

“Itu pokok apa?” saya bertanya.

“Tak tahu,” jawab anak-anak.

“Itulah pokok durian,” saya menerangkan.

Mereka mengangguk-angguk. Sambil itu separuh badan masih seronok berendam di dalam sungai.

“Itu pokok apa?” saya bertanya lagi.

[Baca Lagi]

Jumaat, April 03, 2009

Minta tolong lakukan sesuatu…

Jumaat, April 03, 2009

Oleh: Irfan Khairi

Bukan saya nak minta tolong anda, cuma nak beri tip bagaimana sekiranya anda ingin meminta bantuan orang :)

Sekiranya anda ingin meminta bantuan orang lain untuk melakukan sesuatu, caranya bukanlah dengan menyuruh mereka untuk lakukannya. Tetapi, menurutpakar psikologi, Les Giblin, caranya adalah…

Dengan meminta bantuan mereka untuk fikirkan bagaimana hendak melakukan sesuatu itu

Menurut Giblin, dengan bertanya idea daripada mereka, mereka akan rasa dihargai dari segi minda (untuk fikir) dan juga usaha (untuk melakukan sesuatu). Mereka akan rasa lebih bermotivasi untuk menggunakan kepintaran mereka. Quote daripada Winston Churchill juga berbunyi:

[Baca Lagi..]

Khamis, April 02, 2009

Perlukah FOKUS Dalam Menuju Akhirat?

Khamis, April 02, 2009
Oleh: Muhriz Rahmat

Ketika pulang dari pengajian pada jam 11 malam tadi, kelihatan pakcik-pakcik arab yang berselerakan di kedai kopi sedang tenang menghirup teh berwap sambil bermain dam. Sesekali riuhan sorak gelak ketawa. Terfikir di dalam hati, bagaimana khilafnya perbuatan saya dengan perbuatan mereka itu. Dalam usia yang hampir bertemu dengan batu-batu kubur itu mereka tetap riang membuang masa seperti anak-anak kecil.

Firman Allah Ta’ala:
فَذَرْهُمْ يَخُوضُوا وَيَلْعَبُوا حَتَّى يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ الَّذِي يُوعَدُونَ
Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan). (Surah Az-Zukhruf: 83)

Saya tidak mahu jadi sederhana..

Oleh: Dr. Inspirasi

Dalam kehidupan ini terdapat tiga jenis orang.Orang yang pertama adalah orang yang digelar sederhana.Mereka ini golongan yang mahu hidup dalam keadaan sederhana sahaja.Mereka tidak takut akan kegagalan.Mereka takut kepada kemenangan.

Golongan ini sebenarnya tahu apa yang dimaksudkan kemenangan.Mereka tahu apa yang perlu diberi untuk mendapatkannya.Mereka tahu mereka perlu memberi usaha yang lebih daripada sepatutnya dalam mencapainya.Ini menyebabkan mereka menjadi penakut

Kalau mereka inginkan sesuatupun mereka akan berhenti di pertengahan jalan kerana telah penat dengan apa yang telah diberikan.Mereka sekadar memulakan dan tidak meneruskannya.

Rabu, April 01, 2009

Bertenang Dalam Cinta

Rabu, April 01, 2009
Oleh: ShueQry

Cinta
akan jadi lebih bahagia jika kita bertenang. Jika sudah tenang, minda kita mengalirkan arus alpha lalu menerbitkan emosi yang tenang juga. Kesan daripada ketenangan, muncul kebahagiaan.

Cinta sepatutnya penuh dengan kebahagiaan, bukan lebih banyak dipenuhi pergaduhan, persengketaan atau perselisihan faham. Sayang jika cinta putus di tengah jalan hanya kerana salah satu faktor dari 3 faktor tadi - pergaduhan, persengketaan dan perselisihan faham.

Siapa salah? siapa cemburu?

Oleh: Razzi Rahman

Ada dua tabiat yang selalu menjadikan sebuah perhubungan itu semakin lama semakin hambar dan membosankan. Yang mana satukah yang you all alami or maybe you yourselves are that type? ;)

Tabiat 1 : Suka mencari siapa yang salah.

Asyik bertekak, menyalahkan antara satu sama lain….asyik naaaaak gak salahkan seseorang. Asyil naaak gak tunjukkan kat pasangan anda yang dia bersalah. Lebih baik cari jalan penyelesaiannya daripada menyalahkan sesiapa atau mencari siapa yang hendak disalahkan…

[Baca Lagi]

Terbaru!

Kata-kata Motivasi Harian

Video Motivasi




Sembang


ShoutMix chat widget

Pengikut

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi