Sabtu, Februari 28, 2009

Bangun Kali Ke-8

Sabtu, Februari 28, 2009
Oleh: Dr. Inspirasi

“Jatuh sebanyak 7 kali, dan bangun sebanyak 8 kali.”
Peribahasa Jepun

Walaupun apa yag terjadi jangan sesekali berputus asa atau ‘give up’. Jangan sesekali menyerah kalah terhadap matlamat anda. Sebabnya, orang yang mudah putus asa tidak pernah menang. Berputus asa terlalu cepat membuatkan anda tidak yakin dengan impian anda. Contoh terbaik adalah Kolonel Sanders, pengasas KFC.

Pengasas KFC ini tidak pernah berhenti mencuba. Beliau terus mencari kedai yang sanggup memasak ayam goreng menggunakan resepi rahsianya. Setiap tolakan tidak melemahkan semangatnya.

Jumaat, Februari 27, 2009

Bahagia Cinta Lahir Dari Mana

Jumaat, Februari 27, 2009
Oleh: ShueQry

Kebahagiaan cinta lahir dari hati yang bebas syak wasangka. Dah beberapa ramai kekasih yang sedang bercinta mungkin sekarang ni makan hati sebab dia asyik buruk sangka.

Balik lambat sikit dari kerja sebab overtime, dia kata keluar dengan perempuan lain. Masuk awal sikit ke tempat kerja, dia kata, nak minum pagi dengan perempuan lain la tu!.

Khamis, Februari 26, 2009

Siapa sudah dimiliki?

Khamis, Februari 26, 2009

Oleh: Razzi Rahman

Kali ini, ingin juga rasanya bro mengetahui siapakah di antara kita semua ni yang sudah berpunya ya… curious juga. Kita duk bercerita, dan berkongsi pengalaman tetapi tidak sama-sama berkongsi status sendiri.

Berbangga dengan pasangan anda adalah satu cara yang pasti membahagiakannya. Sesiapa saja suka dihormati, diingati tambahlah jika anda begitu bangga dengan pasangan anda.

Jangan patah semangat!

Oleh: Muhriz Rahmat

Saya baru pulang dari pengajian kitab di Zaqaziq. Memang sangat letih dan saya kekurangan 'mood' (mungkin ada sesuatu yang berlaku), tambahan pula cuaca yang sejuk diluar pada pagi ini (12.30 malam). Selalunya saya akan membaca emel dan akan melihat gambar untuk merehatkan fikiran. Post ini telah saya hantar setelah menonton satu video yang saya kira mampu membantu kita untuk membentuk semula semangat sekiranya ia mula beroperasi agak perlahan.

Rabu, Februari 25, 2009

Harga untuk minda yang lapar

Rabu, Februari 25, 2009
Oleh: Osman Affan

Baru-baru ini saya menonton satu ‘movie’ Cina berkisahkan peperangan. Ada satu watak pahlawan yang sangat handal di dalam movie ini. Apa yang menarik perhatian saya ialah pahlawan ini sangat berani dan handal di medan perang, tetapi apabila pulang ke kampung halaman, dia bekerja sebagai guru yang mengajar anak-anak orang miskin membaca. Tersentuh juga saya apabila menonton watak sebegini kerana watak pahlawan dan guru untuk kanak-kanak selalunya adalah besar jaraknya.

Isnin, Februari 23, 2009

Fool for LOVE!

Isnin, Februari 23, 2009

Oleh: Razzi Rahman

Pepatah orang tua-tua, “Cinta itu buta” , orang putih pulak selalunya dia kata, “Love is blind” Samalah tu :D …Tapi rumusannya, it’s “Fool for love” Makna di sebaliknya ialah kita semua akan menjadi seperti, bodoh kerana cinta.

Secara ikhlasnya, bagi pendapat bro love…kita bukan bodoh kerana cinta atau fool for love. TETAPI kita “BERANI MENCUBA LAGI” that what make things exciting!…but, tidak dapat disangkalkan lagi, apabila kita jatuh cinta pada seseorang tu kan. Apa yang kita fikir? NOTHING! ;)

[Baca Lagi]

Selasa, Februari 17, 2009

Penderitaan Cinta

Selasa, Februari 17, 2009

Oleh: Razzi Rahman

From : eBuku 101 cara mencari cinta
Teknik mental : Cara 26

Sesungguhnya sahabat-sahabat sekelian, bro Razzi amat berharap agar fikiran anda semua dalam keadaan tenang kerana seharusnya anda akan menempuh saat-saat seperti yang saya pernah tempuhi demi untuk mendapat kebahagiaan yang sekian lama diimpikan.

[Baca Lagi]

Isnin, Februari 16, 2009

Yang lawa, ramai lagi

Isnin, Februari 16, 2009

Oleh: Razzi Rahman

Salamsss…. :D

Sepanjang minggu ini, its special!! Kerana, bro Razzi Rahman akan memenuhi setiap hari tip-tip cinta serta teknik-teknik yang ditulis dari pengalaman bro sendiri direct diambil terus dari ebook Bro yang bertajuk “101 cara Mencari Cinta” and all, FREE! ;)

Yang lawa Ramai lagi.
Sebenarnya di dalam tempoh pencarian cinta, ketahanan mental anda mestilah teguh dan kental dalam menghadapi segala dugaan. Mesti tabah menerima kekecewaan cinta. Ingat! Kalau gadis yang anda cuba pikat tidak berminat dengan anda, ingat kata-kata ni, Ada ramai lagi yang lawa, bukan dia seorang je!

Razzi Rahman's eBookSeriously, memang masih ramai calon yang menanti, percayalah! Anda cuma perlu membuka hati anda dan keluar mencari. Apa saya bimbang, nanti sampai tidak terlayan pulak dengan berbagai-bagai jenis karenah dan rupa bentuk.

Anda tidak perlu bersedih, menangis atau memikirkan, “Aduuuh…hilang sudah peluang aku, mana ada lagi…” NO!…kena selalu ingat, ramai lagi!! KAWAN! Jangan risau…hilang satu, seribu yang datang. Banyakkan bersabar, ianya memakan masa. Tingkatkan latihan dalam cara berjenaka, berkomunikasi dan cara memikat. Saya yakin anda akan mendapat apa yang dicari.

Sabtu, Februari 14, 2009

Di mana letaknya fokus anda

Sabtu, Februari 14, 2009

Oleh Irfan Khairi

Teringat satu kisah saya terbaca lebih kurang begini…

Ada satu kilang ni, tiba-tiba terhenti segala jentera/peralatan kerana mengalami masalah peralatannya. So, pemilik kilang ini pun terpaksa panggil seorang expert/pakar untuk periksa seluruh peralatan, saluran elektrik, paip-paip dan segalanya. Bila pakar tersebut sampai ke kilang, beliau pun periksa, dengan hanya sebuah notepad dan pen sahaja berjalan dan menjenguk saluran elektrik dan paip…
Masuk hari kedua, sambil berjalan-jalan dalam kilang (sambil diperhatikan oleh pemilik), beliau bersuara…

“Aha! ni lah masalah dia!” sambil mengambil kapur dalam poket seluarnya, dan menandakan “X” pada salah satu saluran paip.

Rabu, Februari 11, 2009

Kita semua pencuri

Rabu, Februari 11, 2009

Oleh: Irfan Khairi

Kita pencuri? Apa la IK ni buang tabiat :)

Yup… kita semua sebenarnya pencuri sekiranya kita tidak lakukan atau berikan yang terbaik.

Semestinya kita tak curi duit… tak curi barang… tak rompak orang, tetapi, kita masih lagi pencuri sekiranya kita don’t do our best.

Isnin, Februari 09, 2009

Cinta, Duit dan Pengaruhnya!

Isnin, Februari 09, 2009

Oleh: Razzi Rahman

Yang mana satukah pilihan anda? Berbelanja habis-habisan sehingga anda dapatkan si dia yang anda puja, atau Meninggalkan Si dia kerana berusaha habis-habisan untuk menjadi kaya? ATAU…both?

Quote dari Albert Einstein.
“You can lose a lot of money chasing a woman…but you’ll never lose a woman chasing money”

[Baca Lagi]

Jumaat, Februari 06, 2009

Cara Bagaimana Nak Bersemangat Tinggi Seperti Billy Joel

Jumaat, Februari 06, 2009
Oleh: ShueQry

Siapa Billy Joel?

Billy Joel adalah seorang remaja yang berhenti dari sekolah kerana mahu mengejar cita-citanya nak menjadi pemuzik terkenal dalam usia muda. Dia mengharungi banyak kesengsaraan hingga pernah terpaksa tidur berbumbungkan kotak kerana kehilangan rumah.

Satu-satunya punca untuk dia terus kuat mengharungi kepayahan hidup adalah kerana cinta yang mendalam pada teman wanitanya. Tak lama kemudian, teman wanita yang dicintainya sepenuh hati itu meninggalkan dia dengan alasan tinggal bersamanya tak ada masa depan.

Rabu, Februari 04, 2009

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam - Tanda 5

Rabu, Februari 04, 2009

Oleh: Osman Affan

Tanda kelima yang perlu diperhatikan ialah “Perasaan TAKUT GAGAL lebih besar daripada KEINGINAN untuk BERJAYA.” Jika anda mahu lakukan sesuatu yang baru, yang mana lebih mendorong kelakuan anda, potensi untuk gagal dan kecewa atau potensi untuk berseronok apabila sudah berjaya?

Soal diriSaya berikan contoh. Jika anda seorang pelajar, hari ini anda terlintas di hati untuk jadi seorang pelajar terbaik dan skor A dalam semua subjek yang anda ambil. Yang mana lebih mempengaruhi anda, potensi untuk berjaya dan merasa bangga atau potensi untuk gagal dan kecewa akibat tidak berjaya mencapai matlamat tersebut?


[Baca Lagi]

Isnin, Februari 02, 2009

2 positif lawan 1 negatif… siapa menang?

Isnin, Februari 02, 2009

Oleh: Irfan Khairi

simon.jpgKatakan dalam satu group, ada 10 ahli. Dalam group tu pula ada 2 orang yang berfikiran positif, bercakap positif, dan berkelakuan positif. Dalam group tu juga, ada 1 orang berfikiran negatif, bercakap negatif, dan berkelakuan negatif.

Apa akan terjadi pada group itu bila mengandungi 2 orang positif, dan 1 orang negatif? 2 positif lawan 1 negatif, siapa akan menang?

Jawapan: Yang 1 negatif akan menang :(

Ini kerana, sesuatu yang “negatif” lebih senang di sebarkan. Perkara negatif juga lagi senang untuk “berjangkit”. Yang negatif lagi senang untuk difikirkan.

Contohnya, kalau dalam satu pejabat, ada 2-3 orang yang berfikiran positif… dan ada sorang sahaja berfikiran negatif. Yang negatif tu pasti akan menjatuhkan moral dan semangat teman-teman pejabat yang lain, tak kira walaupun ada 2-3 orang lain yang bersemangat, positif & mempunyai keyakinan tinggi.

Terbaru!

Kata-kata Motivasi Harian

Video Motivasi




Sembang


ShoutMix chat widget

Pengikut

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi