Jumaat, Januari 23, 2009

Sabar + Redha = Hikmah! :)

Jumaat, Januari 23, 2009
Oleh: Irfan Khairi

Bagi yang selalu ikuti ruang blog saya ni, pasti tau yang sejak bulan lepas, macam-macam yang kurang baik terjadi kepada saya… bermula:

IK ambil tindakan undang-undang

dan…

Bila orang mengambil kesempatan atas anda

sampai la…

Bila mendapatkan pekerja untuk perniagaan

Berturut-turut perkara negatif terjadi pada saya :)

Ingat lagi tak, pesanan saya ketika itu, kalau sesuatu kurang baik terjadi pada kita…

Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!


Isnin, Januari 19, 2009

Siapa Dia Orang Pesimis?

Isnin, Januari 19, 2009
Oleh: ShueQry

Orang yang pesimis adalah orang yang suka memandang rendah pada orang lain. Dia akan memperlekehkan usaha, kerajinan dan ketekunan orang lain.

Paling ketara, orang pesimis sentiasa memandang negatif pada apa jua yang dilihat olehnya. Dia juga asyik mengomen lalu mempersoalkan apa yang orang lain buat, idea mereka dan pencapaian mereka.

Khamis, Januari 15, 2009

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam - Tanda 4

Khamis, Januari 15, 2009
Oleh: Osman Affan

Bantal busukTanda keempat yang perlu kita bincangkan ialah ‘terlalu sayangkan bantal busuk’. Saya percaya anda faham dengan maksud bantal busuk. Kita biasa lihat kanak-kanak kecil yang tidur dengan satu bantal kegemarannya. Bantal itu mungkin sudah lusuh, buruk dan berbau kerana sudah terlalu lama digunakan tetapi kanak-kanak ini masih perlukannya untuk tidur. Malah, bantal ini perlu dibawa oleh ibu bapa ke mana-mana sahaja supaya tidak timbul masalah semasa kanak-kanak ini mahu tidur nanti.


[Baca Lagi]

Bila orang mengambil kesempatan atas anda

Oleh: Irfan Khairi

Sekiranya anda seorang yang baik hati, dan lemah lembut, dan suka kesian kan orang… sesetengah orang yang tidak bertanggung jawab akan take advantage of you. That’s a fact.

Donald Trump pernah menulis

In business, don’t trust anyone! -Donald J Trump

Walaupun saya jarang menulis perkara negatif di Blog, sebab I’m a positive person, tetapi, kali ini tergerak juga saya nak beri pesanan mengenai perkara ini.

Why? Sebab baru-baru ini ianya terjadi kepada saya juga.

If you are nice, *some* people will take advantage of you

Tak semua akan take advantage, tetapi, beberapa orang akan. Bagi saya juga, ianya bukan kali pertama. Beberapa kali juga orang mengambil kesempatan keatas diri saya. Dan sering kali ia dilakukan oleh mereka yang hampir dengan kita yang kita menganggap “kawan”. Dan setiap kali kita akan rasa down, frustrated, marah pun ada.

[Baca Lagi]

Selasa, Januari 13, 2009

Kecelaruan Prasangka Yang Tidak Kena Masa

Selasa, Januari 13, 2009

Oleh: Ust. Hasrizal

Manusia melihat apa yang dia mahu lihat dan siapa dirinya menentukan bagaimana dia melihat.

Benar sekali ungkapan di atas, berkaitan dengan persepsi dan paradigma pemikiran seseorang dalam menilai sesuatu.

Apabila di kepala kita sudah ada idea tertentu, kita terperangkap dengan idea itu semasa menyusuli perkara-perkara lain yang dibaca, didengar dan diperhati. Pre conceived idea seperti ini mempengaruhi cara kita memahami sesuatu, hingga boleh menghalang diri dari memproses dengan betul apa sahaja yang dibaca, biar sejelas mana sekali pun sesuatu perbincangan dipaparkan.

[Baca Lagi]

Isnin, Januari 05, 2009

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam - Tanda 3

Isnin, Januari 05, 2009

Oleh: Osman Affan

Tanda ketiga halangan minda sedang menyekat bakat terpendam di dalam diri ialah apabila kita ‘mudah terima’ pendapat orang lain tentang kebolehan diri sendiri.

CaturSebagai contohnya, katakan anda mahu memasuki catur. Kemudian anda ceritakan kepada beberapa orang kawan. Salah seorang kawan anda itu berkata, “Kau boleh ke main catur? Aku tengok cara kau main tak berapa cekap sangat, banyak lagi kelemahan. Kena ada bakat kalau nak menang main catur ni.”

[Baca Lagi]

Sabtu, Januari 03, 2009

Straight A’s atau Yakin Diri?

Sabtu, Januari 03, 2009

Oleh: Osman Affan

Saya ada satu persoalan yang mahu dibincangkan dengan ibu bapa. Yang mana lebih penting, anak-anak mendapat straight A’s atau anak-anak mendapat keyakinan diri yang tinggi?

Saya percaya ada yang akan kata mahukan kedua-duanya. Namun, jika terpaksa memilih, yang mana satukah Tuan-tuan dan Puan-puan akan pilih?

Untuk menjawab soalan ini, fikirkan apakah kebaikan mendapat Straight A’s dan apakah kebaikan mendapat keyakinan diri yang tinggi?

Banyak perkara yang bermain di dalam minda saya mengenai perkara ini. Namun, saya biarkan dahulu soalan ini bermain di dalam minda Tuan-tuan dan Puan-puan. Insyaallah dalam posting yang akan datang, akan saya ceritakan tentang pendapat saya. :)

Jumaat, Januari 02, 2009

Tahun baru, Azam baru….pendekatan baru.

Jumaat, Januari 02, 2009
Oleh: Osman Affan

Tahun baru menjelma lagi. Selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2008. Kalau azam 2008 sudah tercapai, Alhamdulillah. Kita bersyukur. Namun jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi. Jika ia tidak boleh diulangi, ia akan jadi kejayaan ‘tidak sengaja’. Kejayaan tidak sengaja selalunya tidak kekal dan jarang dapat dinikmati dalam jangka masa yang panjang.

[Baca Lagi]

Terbaru!

Kata-kata Motivasi Harian

Video Motivasi




Sembang


ShoutMix chat widget

Pengikut

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi