Jumaat, Disember 26, 2008

Berani lantang bersuara

Jumaat, Disember 26, 2008
Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/berani-bercakap/

“Speak your mind!”

Dalam perniagaan (dan juga hidup) adakalanya kita takut hendak bercakap dan berkongsikan idea atau pendapat kita. Sekiranya dalam meeting, atau perjumpaan, sesetngah daripada kita lebih suka berdiam sahaja dan tidak bercakap langsung.

Walaupun ada sesuatu hendak dikatakan, tetapi, biar sahaja terbuku di hati… simpan dalam :)

Sebab apa? Sebab “malu” nanti kita tersilap kata…. atau malu nanti apa pula orang cakap tentang idea kita… atau takut apa yang kita nak cakap tidak dapat diterima ramai.

Sekiranya anda begitu, berikut adalah tips untuk lantang bersuara:

  1. Ketahui apa yang anda hendak cakap
  2. Lantang bersuara apa yang anda hendak katakan dengan jelas dan penuh yakin
  3. Ketahui bahawa setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing

Sekiranya terdapat pihak yang tidak setuju dengan apa yang anda katakan, tak mengapa- expect it! Kerana mereka juga mengikut langkah 1-2-3 di atas. Jangan takut sekiranya dikritik- untuk berjaya, SEMUA orang akan dikritik apabila melahirkan apa sahaja idea.

Masalahnya adalah apabila kita TIDAK berkata dan bercakap kerana TAKUT kena kritik! :)

Berani lantang bersuara

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/berani-bercakap/

“Speak your mind!”

Dalam perniagaan (dan juga hidup) adakalanya kita takut hendak bercakap dan berkongsikan idea atau pendapat kita. Sekiranya dalam meeting, atau perjumpaan, sesetngah daripada kita lebih suka berdiam sahaja dan tidak bercakap langsung.

Walaupun ada sesuatu hendak dikatakan, tetapi, biar sahaja terbuku di hati… simpan dalam :)

Sebab apa? Sebab “malu” nanti kita tersilap kata…. atau malu nanti apa pula orang cakap tentang idea kita… atau takut apa yang kita nak cakap tidak dapat diterima ramai.

Sekiranya anda begitu, berikut adalah tips untuk lantang bersuara:

  1. Ketahui apa yang anda hendak cakap
  2. Lantang bersuara apa yang anda hendak katakan dengan jelas dan penuh yakin
  3. Ketahui bahawa setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing

Sekiranya terdapat pihak yang tidak setuju dengan apa yang anda katakan, tak mengapa- expect it! Kerana mereka juga mengikut langkah 1-2-3 di atas. Jangan takut sekiranya dikritik- untuk berjaya, SEMUA orang akan dikritik apabila melahirkan apa sahaja idea.

Masalahnya adalah apabila kita TIDAK berkata dan bercakap kerana TAKUT kena kritik! :)

Isnin, Disember 22, 2008

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam - Tanda 2.1

Isnin, Disember 22, 2008
Oleh: Osman Affan

TermenungAdakah anda suka berangan atau berkhayal? Kebanyakan orang dewasa mengatakan mereka tidak suka berangan atau berkhayal. Membuang masa kata mereka. Benar, berangan boleh jadi satu aktiviti yang membuang masa.

Namun, saya percaya anda pernah duduk sendirian sama ada sedang menunggu sesuatu atau ketika anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Mungkin juga anda sendirian sementara menunggu mata anda terlelap di atas katil. Ketika itu, apakah perkara-perkara yang sering bermain di fikiran anda? Adakah anda memikirkan tentang perkara SEKARANG seperti masalah atau cabaran yang yang anda hadapi kini. Atau anda fikirkan tentang MASA HADAPAN seperti apa yang mahu anda capai satu hari nanti. Atau mungkin juga anda fikirkan tentang MASA LEPAS seperti mengenang kejayaan atau kegagalan di masa lepas.

[Baca Lagi]

Jumaat, Disember 19, 2008

Passion is more important than brains & talent

Jumaat, Disember 19, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/passion-is-more-important-than-brains-talent/

Ada istilah ni yang berbunya:

Passion is more important than brains & talent

Maksudnya, passion (keghairahan/minat) adalah lagi penting daripada kebijaksanaan & bakat. Sememangnya saya setuju oleh kerana terdapat 2 jenis orang yang saya sering jumpa:

Jenis pertama, adalah mereka ada banyak idea. Idea pun hebat-hebat belaka, takde yang tak hebat :) Tetapi, sekadar idea sahaja dan tersimpan dalam kepala. Mungkin “idea perniagaan” atau apa sahaja, tetapi, hanya sekadar tersimpan dalam fikiran dan tidak melakukan apa pun untuk mereliasasikan apa di kepala.

Jenis kedua pula, mempunyai banyak idea. Idea pun tak kurangnya hebat. tetapi, mereka mempunyai passion/keghairahan/minat dalam diri sendiri untuk melihat idea tersebut terhasil. Dengan passion, sesuatu idea itu akan menghasil. Tetapi, tanpa passion, itulah dianya… tersimpan dalam kepala sahaja.

Alhamdulillah, saya fikir diri saya adalah yang ke-dua. Saya memang banyak idea… dan saya terus implementasikannya kerana mempunyai passion/keghairahan atas segala idea.

Nasihat saya, sekiranya anda tergolong dalam golongan yang pertama tu, sekiranya anda mempunyai idea- katalah your next big idea, apa kata anda terus kan sahaja implementasikannya. Dengan terus memulakan sesuatu idea, ia kaan memberi momentum dan passion kepada anda.

Jangan hanya simpan di kepala sahaja kerana, diberi beberapa hari… beberapa minggu, beberapa bulan… hilanglah segala idea dan passion keatas idea tersebut! :)

Selamat bercuti!
=====

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, workshop perniagaan Internet saya paling hampir adalah pada hujung minggu ini. Workshop Jutawan Internet pada hari Ahad 21/12/08- klik di sini untuk maklumat lanjut.

Workshop mini Terhangat di Pasaran dan Pelanggan Tanpa Had pula pada Sabtu 20/12/08. Ketiga-tiga workshop ini sebagai penutup tirai 2008. So, anda boleh mulakan azam baru memulakan perniagaan Internet 2009 mengikut passion dan minat anda :)

Isnin, Disember 15, 2008

Bagaiamana nak tahu passion?

Isnin, Disember 15, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/bagaiamana-nak-tahu-passion/

Selalu saya sebut berulang kali, kita patut buat apa yang kita suka… apa yang kita minat… apa yang kita passionate in. Infact, baru-barru ni, saya menonton talk show Oprah, katanya:

84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of the people hate their jobs!

Menakutkan juga angka ni… tapi bila dilihat sekeliling, memang ada betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh… menunggu hari Jumaat untuk cuti :)

Satu soalan yang sering saya ditanya di blog IrfanKhairi.com ini, bagaimanakah nak tahu apakah passion kita?

So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist… what is your true passion!

  • Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda, apakah kerja nya?
  • Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak sedar masa berlalu?
  • Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak menerima bayaran?
  • Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?
  • Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang terbaik?
  • Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda minat, siapakah dia nya?
  • Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan dan susah untuk orang lain?

(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)

So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakah anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah passion anda?

Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka yang hate their jobs!

=========

Satu option untuk kita melakukan apa yang kita minat dan suka adalah memulakan perniagaan berkaitan dengan minat kita. Dan ini, saya selalu tekankan dalam all my talks.
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, workshop perniagaan Internet saya paling hampir adalah pada hujung minggu ini. Workshop Jutawan Internet pada hari Ahad 21/12/08- klik di sini untuk maklumat lanjut.

Workshop mini Terhangat di Pasaran dan Pelanggan Tanpa Had pula pada Sabtu 20/12/08. Ketiga-tiga workshop ini sebagai penutup tirai 2008. So, anda boleh mulakan azam baru memulakan perniagaan Internet 2009 mengikut passion dan minat anda :)

Jumaat, Disember 12, 2008

Cuba Dahulu

Jumaat, Disember 12, 2008
Oleh: Dr. Inspirasi

Kadangkala kita selalu memikirkan hasil akhir. Kita hanya akan bertindak apabila kita merasakan bahawa kita akan menang. Dan hanya akan membiarkan sesuatu perkara begitu sahaja apabila kita merasakan kita akan kalah. Kesannya kadangkala kita tidak melakukan perkara tersebut kerana kita merasakannya ia tidak boleh dilakukan. Padahal, kita mempunyai poteni yang besar untuk berjaya. Alangkah ruginya.

Khamis, Disember 11, 2008

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam - Tanda 1.1

Khamis, Disember 11, 2008
Oleh: Osman Affan

FikirSudahkah difikirkan perkataan-perkataan dan ayat yang biasa anda sebut setiap hari? Seperti yang saya gambarkan dalam posting lepas, perkataan-perkataan itu adalah gambaran kepada halangan minda yang sedang menyekat potensi sebenar dan bakat kita yang selama ini terpendam. Dapatkah anda mula rasakan apakah bakat yang terpendam dalam diri jika anda berhenti menyebut perkataan-perkataan susah dan tak boleh?

[Baca Lagi]

Rabu, Disember 10, 2008

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam - Tanda 1

Rabu, Disember 10, 2008
Oleh: Osman Affan

SusahMari kita mulakan dengan tanda yang pertama. Tanda yang pertama berbunyi, selalu dan suka sebut perkataan-perkataan seperti ’susah’, ‘tak boleh’, ‘mustahil’, ‘tak masuk akal’, ‘mana mungkin’ dan sebagainya. Semua perkataan atau ayat ini menunjukkan bahawa anda tidak boleh lakukan sesuatu. Ini semua adalah perkataan atau ayat yang selalu timbul apabila halangan minda menguasai cara anda berfikir.

[Baca Lagi]


Sabtu, Disember 06, 2008

Apa yang anda cari?

Sabtu, Disember 06, 2008

Oleh: Razzi Rahman

Di dalam sesebuah percintaan, pasti anda inginkan sesuatu out of the relationship, kan? Di dalam mencari cinta…pasti juga anda menyimpan harapan, expectations… kan? Even di dalam perkahwinan pun…suami atau isteri mesti memikirkan akan keinginan mereka tercapai di masa hadapan.

NAMUN…pernahkah anda terfikir, apa yang anda mahu, apa yang menjadi impian anda atau keinginan anda itu, mungkin membebankan pasangan anda? Pernahkah anda fikir ianya baik? betul? tepat?


[Baca Lagi]

Khamis, Disember 04, 2008

7 tanda Halangan Minda menyekat bakat terpendam

Khamis, Disember 04, 2008

Oleh: Osman Affan

Di dalam program bersama pelajar dan orang dewasa, satu topik yang pasti saya kongsikan ialah topik halangan minda. Saya definisikan halangan minda ialah sesuatu yang menghalang potensi sebenar diri kita. Apa yang mengejutkan, halangan itu cuma wujud di dalam minda kita sahaja.

Halangan minda boleh dilihat seperti sekatan jalan raya. Apabila ada sekatan jalan raya, perjalanan lalu lintas menjadi perlahan dan tersekat-sekat. Satu perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit mungkin memakan masa 1 atau 2 jam.

[Baca Lagi]

Isnin, Disember 01, 2008

Tanpa halangan…

Isnin, Disember 01, 2008

Oleh: Osman Affan

Tanpa halangan, matlamat bukanlah suatu impian” ~Osman Affan~

Kata-kata ini adalah antara mutiara kata yang pertama yang saya hasilkan. Semasa saya menulis mutiara kata ini, saya masih baru di dalam bidang yang saya ceburi ini dan masih terlalu banyak cabaran dan halangan yang saya hadapi. Saya masih ingat lagi ketika tahun pertama saya mula memberi ceramah dan latihan tentang teknik belajar dan di sekolah dan universiti. Program saya yang pertama ialah pada bulan Mac 2005. Ketika itu saya diminta menyampaikan program selama 4 jam di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.

[Baca Lagi]

Terbaru!

Kata-kata Motivasi Harian

Video Motivasi




Sembang


ShoutMix chat widget

Pengikut

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi