Khamis, Oktober 30, 2008

7 tanda anda akan GAGAL di universiti - Tanda 7

Khamis, Oktober 30, 2008
Oleh: Osman Affan

PanahTanda ketujuh dan terakhir dalam siri posting mengenai 7 tanda anda akan gagal di universiti ialah ‘memanah di dalam gelap dengan mata yang tertutup‘.

Apa yang saya maksudkan ialah sebahagian besar pelajar di universiti tidak pernah berfikir dengan jelas apa yang mereka mahu capai selepas mereka habis belajar. Jika anda tidak percaya, tanya diri anda sendiri atau rakan-rakan yang sama belajar di universiti, apa yang mereka mahu lakukan sebaik sahaja tamat belajar hingga 5 tahun akan datang?

Rabu, Oktober 29, 2008

7 tanda anda akan GAGAL di universiti - Tanda 6.1

Rabu, Oktober 29, 2008
Oleh: Osman Affan

Berani diketawakanSoalan saya kepada anda, beranikah anda jadi berbeza? Beranikah anda jika ada kemungkinan anda dipulaukan, diketawakan, dipersendakan dan sebagainya kerana mempertahankan apa yang anda percaya?

Apabila saya katakan berani jadi berbeza, ia bukan bermaksud kita sengaja mahu jadi berbeza berbanding orang lain. Contohnya jika semua orang lelaki pakai Baju Melayu dan kita mahu jadi berbeza dengan memakai Baju Kurung. Perbezaan yang dimaksudkan ialah apabila kita buat sesuatu keputusan yang berbeza daripada orang lain, kita mesti berani untuk mempertahankannya. Contohnya jika ditanya soalan di dalam dewan kuliah, anda berani beri jawapan menurut pendapat anda sendiri walaupun mungkin pelajar lain tidak bersetuju. Kemudian berani pula mempertahankan jawapan dan pendapat anda itu.

[Baca Lagi]

Selasa, Oktober 28, 2008

Lagu sebagai menaikkan motivasi & beri inspirasi

Selasa, Oktober 28, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/lagu-sebagai-menaikkan-motivasi-beri-inspirasi/

I’m sure anda pun tahu bahawa elemen elemen seni seperti lagu, art, theater, lakonan dan sebagainya boleh memberi impak motivasi dan inspirasi kepada kita. Mungkin pernah terjadi!

Tip satu minit hari ni: I suggest anda dengar lagu-lagu berbentuk motivasi dan selami liriknya sekali :) Antara lagu yang sering kita dengar…

  • Fikirkan boleh! (Metropolitan)
  • Gemuruh (Faizal tahir)
  • I believe I can Fly (R. Kelly)
  • Faith of The Heart (Russell Watson - Start Trek Enterprise soundtrack)
  • We Are The Champions (Queen)

Baru baru ini saya berpeluang berjumpa komposer Zul Mahat dan juga Johan Nawawi kerana mereka hadir memberi sokongan persembahan band saya di majlis pelancaran Impian hari Sabtu lepas (sebenarnya mereka nak tengok Hujan di Planet Hollywood, tapi sempat meluangkan masa melihat kami juga!)

Untuk memendekkan cerita panjang… sekarang ni saya, razzi rahman & muz dalam proses merakam album single! Yes, Zul mahat akan buat lagu dan saya akan menulis lirik. Performed by our very own band.

razzising1.jpg
Razzi Rahman, myself & Capt Muz

*Dengar-dengar cerita, rakaman akan di buat di studio M.Nasir, Luncai Emas*

Harapannya, lagu ni akan menjadi antara lagu-lagu “motivasi” seperti di atas. Jangan main-main… IK lepas ni ada album! Baru la artist ;)

So, khas untuk anda… sebahagian lirik yang saya telah tulis (nanti saya kasi dengar melody juga ok?)

Looking back
To the times I had
I never knew I’d come this far away
So here I am
Not turning back again
A dream I had before seems so close to me…

I will fight
Everytime I fall
And one night
You’ll see me standing tall…

I’m reaching for the sky
I’ll raise the stakes, I’ll make mistakes,
But I do it my own way…

I’m reaching for the stars
I’m not afraid, I will not break,
No matter what they say to me….

Tu je buat masa ni… yang lain secret! :) Also, saya tulis lagu in English dulu… yang BM pun insyaallah ada.

razzising2.jpg
Persembahan “Gemuruh” versi akustik di JW Marriot!


So, watch out untuk project saya yang ini. It will be fun! Dan semestinya… lagu berbentuk ROCK!
Lawati www.RazziMuzik.com!

Anda ada tak lagu2 yang motivasi favourite?

Selasa, Oktober 21, 2008

7 tanda anda akan GAGAL di universiti - Tanda 6

Selasa, Oktober 21, 2008

Oleh: Osman Affan

Tanda keenam seseorang pelajar akan gagal di universiti ialah ‘Tidak berani jadi berbeza’. Untuk pengetahuan anda, setiap pelajar berbeza. Kekuatan dan kelemahan setiap pelajar juga berbeza. Jika anda mahu berjaya, anda perlu kenal pasti apakah kekuatan diri anda dan cuba sebaik mungkin untuk menggilap dan menonjolkannya.

Ini juga bermakna, jika kekuatan anda membuat anda jadi lain daripada orang lain, anda mesti berani menghadapinya. Sebab saya mengutarakan tanda ini ialah saya lihat dan dengar banyak kisah pelajar yang cuba mengikut arus pelajar lain. Kalau pelajar lain mahu cemerlang kerana mahu dapat pekerjaan yang baik, mereka juga ikut sama. Jika pelajar malas belajar kerana pensyarah membosankan, mereka juga ikut sama. Pendek kata, majoriti keputusan yang mereka lakukan ialah berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pelajar lain.

[Baca Lagi]

10 orang terkaya Malaysia rugi berbillion

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/10-orang-terkaya-malaysia-rugi-berbillion/

Baru-baru ni saya baca akhbar The Edge dan artikel yang menarik dan tertarik minat saya menceritakan tentang 10 orang terkaya di malasyia rugi hampir RM20billion (on paper) secara keseluruhan akibat krisis ekonomi sejak beberapa minggu lepas.

Nama-nama termasuk Robert Kuok, Lim Goh Tong Family, Tan Sri Mokhtar Bukhari dan lain-lain…

Bayangkan, 10 orang terkaya Malaysia kerugian RM20billion… BILLION. Bukan million tu!

So, siapa kata kalau ada duit banyak, tiada masalah? :)
Jadi, bagi kita yang dalam krisis kewangan, beringat-ingat selalu dan bersyukur dengan apa yang ada. Bukan bermaksud takde wang masalah… ada wang pun, masalah lain pun datang juga. Tapi, ia bergantung kepada diri sendiri bagaimana reaksi kita kepada sesuatu masalah.

Tahukah anda Donald Trump pernah rugi & hutang berbillion, kemudian dengan usaha dan bijak melihat peluang, beliau dapat kembali and made billions more?

Bagi 10 orang terkaya di Malaysia, saya pasti mereka tidak akan duduk diam, tetapi akan cari peluang-peluang lain untuk dapatkan kembali RM20billion tersebut walaupun dalam keadaan krisis ekonomi. Kita bagaimana?

Jumaat, Oktober 17, 2008

7 tanda anda akan GAGAL di universiti - Tanda 5.1

Jumaat, Oktober 17, 2008
Oleh: Osman Affan

KatakSeperti yang saya terangkan dalam posting sebelum ini, tanda kelima yang perlu anda perhatikan ialah apabila anda rasa ‘Bawah tempurung lebih selesa daripada padang yang luas’. Pelajar yang selesa berada di bawah tempurung ini selalunya tidak suka mencuba sesuatu yang baru. Mereka begitu cepat menilai kebolehan diri mereka berdasarkan apa yang pernah berlaku pada masa lepas.

[Baca Lagi]

Lindungi Diri Lindungi Keluarga dan Ahli

Oleh: Ust. Hasrizal

Saya tidak boleh menulis!!!

Baru seperenggan, saya kebingungan. Terhenti seketika. Sambung balik, sangkut semula. Fikiran bersimpang siur, tangan gagal menterjemahkannya.

Aduh… ini suatu penyiksaan.

Banyak yang terbuku di hati, tetapi semuanya beku, sulit dituliskan.

Rabu, Oktober 08, 2008

Tips Automatik

Rabu, Oktober 08, 2008
Oleh: ShueQry

Saya mahu membuat pengakuan terbuka. Kesemua artikel-artikel di dalam blog ini dan beberapa blog yang lain dikeluarkan secara automatik. Saat Anda sedang membaca artikel terbaru kali ni, maybe saya sedang membaca buku, berbasikal atau berenang.

Syukur alhamdulillah, fungsi automatik di dalam akaun Blogger.com dan di Wordpress banyak memudahkan kerja. Dengan bantuan fungsi automatik tu, boleh dah fokus ke perkara lain. Walaupun masih belum bekerja, saya agak sibuk juga di rumah.

Sabtu, Oktober 04, 2008

Bakat semulajadi mungkin tak menjadi

Sabtu, Oktober 04, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/bakat-semula-jadi/

Seminggu juga Tip Satu minit cuti. Raya sakan :) So, apa kata kita sambung kembali Tip Satu Minit.

Hari ni saya nak sebut tentang “Bakat Semulajadi”.

  • Bila kita tengok Tiger Woods, kita kata beliau mempunyai bakat semulajadi dalam bermain golf.
  • Bila kita tengok Siti Nurhaliza, kita kata beliau mempunyai bakat semulajadi dalam nyanyian.
  • Bila tengok IK, ada yang kata saya mempunyai bakat semulajadi dalam perniagaan.

Sememangnya bakat, adalah pemberian Allah swt, tetapi, bakat yang tidak diasah adalah sia-sia.

  • Tiger Woods mengambil masa berjam-jam setiap hari berlatih bermain golf, walaupun sedia mempunyai bakat
  • Dato Siti Nurhaliza juga berlatih dan mempelajari teknik-teknik nyanyian untuk jadi lebih hebat
  • Saya juga mengambil masa berjam-jam membaca dan melakukan research dalam bidang perniagaan

Bakat tanpa diasah hanyalah sia-sia. Pastinya semua orang mempunya bakat… atau bakat semulajadi. Tetapi, adakah semua orang mengasah bakat masing-masing supaya bakat tersebut menjadi hebat? Sekiranya sesuatu bakat tidak diasah, maka itulah satu kerugian yang amat sangat. Maka, bakat pun tak menjadi.

Ketahui bahawa kita sendiri mencipta bakat dalam diri dengan banyak-banyak berlatih dan mempelajari ilmu dalam sesuatu bidang tersebut. Mula asah bakat anda sekarang! :)

ps: IK juga berbakat makan lemang, rendang & London Almond! :)

Terbaru!

Kata-kata Motivasi Harian

Video Motivasi




Sembang


ShoutMix chat widget

Pengikut

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi