Isnin, Mac 24, 2008

Anda sebagai CEO syarikat anda

Isnin, Mac 24, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/anda-sebagai-ceo-syarikat-anda/

Mulai hari ini, anggap diri anda sendiri memiliki syarikat dan anda sebagai CEO syarikat anda. Syarikat anda bernama: SAYA Sdn Bhd

SAYA Sdn Bhd mengeluarkan produk: Diri anda sendiri.

Dengan memikirkan anda sebgai sebuah syarikat, anda bertanggungjawab kepada diri anda sendiri untuk perbaiki:

  • Production
  • Kualiti produk anda
  • Latihan
  • Development
  • Komunikasi
  • Strategi
  • Produktiviti
  • Perkembangan
  • Kewangan

Satu strategi dalam buku-buku motivasi dan kewangan adalah untuk fikirkan diri anda sebagai “Self Employed”. Fikirkan anda adalah syarikat SAYA Sdn Bhd dan bertanggungjawab atas produk anda sendiri: DIRI ANDA!

Tidak kira apa pekerjaan anda kini, anda adalah CEO syarikat anda sendiri!

Ahad, Mac 23, 2008

Buang masa sahaja membaca buku

Ahad, Mac 23, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/buang-masa-sahaja-membaca-buku/

Susulan dari post saya semalam… tip hari ini:

Tak kira berapa banyak buku kita baca, sekiranya kita tak aplikasikan apa yang dibaca, tak guna juga. ZERO. Tiada pulangan.

Bagi saya, buang masa sahaja saya membaca kalau saya tidak apply apa yang dibaca

Saya pastikan selepas membaca sebuah buku, sekurang-kurangnya saya akan aplikasikan 3-4 idea serta merta. WAJIB!

Seperti buku “Business The Richard Branson Way”, yang baru saya habis baca beberapa hari lepas, saya dah mula aplikasikannya dan sudah melihat pulangan RM ;)

Jadi ingat… ada orang yang rajin membaca, tetapi tidak lakukan apa-apa pun. Ada juga yang membaca sedikit, tetapi terus aplikasikan apa yang dipelajari untuk mendapat pulangan.

Dalam kes ini, yang membaca sedikit lagi untung berlipat kali ganda.

Bayangkan sekiranya anda membaca banyak, dan aplikasikan juga adalah banyak… memang tiada sebab anda untuk gagal!

Rabu, Mac 19, 2008

Motivasi diri = Anjakan tiba-tiba!

Rabu, Mac 19, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/motivasi-diri-anjakan-tiba-tiba/

Dalam motivasi, seringkali motivasi diri tidak datang kepada kita dengan cara sikit demi sikit… tetapi, secara “anjakan tiba-tiba”. Atau dalam kata lain, sudden burst!

Maksudnya, katakanlah anda mendapat inspirasi atau motivasi untuk melakukan sesuatu. Motivasi tersebut selalunya bukanlah datang dalam diri secara sikit demi sikit… seperti hari ni 1% … esok 1% motivasi… lusa 1% lagi… tulat 1% … bukan begitu.

Tetapi, anjakan tiba-tiba adalah seperti contoh, hari ini terus dapat 10% motivasi diri… esok… 1%… lusa 1%… tulat 20%… dan seterusnya 1%… 1%!

Ianya terjadi dalam semua perkara berkenaan dengan motivasi diri sendiri.

Sekiranya anda fahami konsep ini, anda akan fahami bahawa dalam memotivasikan diri, ia berfungsi sebagai anjakan tiba-tiba dan bukan sikit demi sikit.

Anda boleh menggunakan teknik ini sebaik mungkin supaya mendapat momentum untuk terus bermotivasi.

Ianya penting terdapatnya peningkatan motivasi dari hari ke hari! Tetapi, menurut kajian, cara peningkatan motivasi seseorang itu adalah sudden burst dan bukan sikit demi sedikit :) Cuba cerminkan pada pengalaman anda senidiri… apabila mendapat motivasi, adakah ianya secara tiba-tiba atau sikit demi sedikit?

ps: Malam ini di rancangan radio saya di Radio24 “Jutawan bersama Irfan Khairi” saya akan menjawab soalan-soalan pendengar mengenai perniagaan Internet. Topik hari ini, “Jutawan Internet”… so, tiada ikon jemputan hari ini… saya sendiri sahaja ;)

Isnin, Mac 03, 2008

Hangat-hangat tahi ayam..

Isnin, Mac 03, 2008

Oleh: Irfan Khairi
Link: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/hangat-hangat-tahi-ayam/

Kita semua pernah dengar peri bahasa tu kan? dan ada kalanya, kita juga terjerat dalam keadaan “hangat-hangat tahi ayam”.

Pada mulanya, semangat berkobar-kobar nak lakukan “sesuatu”. Motivasi pun tinggi! Semangat tinggi! Bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.

Alih-alih, 2-3 hari atau 2-3 minggu atau 2-3 bulan kemudian, habis semua lentur. Motivasi, semangat dan keyakinan hilang…

Bagaimana caranya untuk maintain dan meneruskan sesuatu motivasi?

Cara saya adalah dengan melakukan “sesuatu” tersebut setiap hari. Jangan lakukan sedikit sahaja, atau cukup syarat sahaja, tetapi lakukan bersungguh-sungguh setiap hari. Ini akan menambahkan momentum anda.

The trick is, jangan biarkan satu hari berlalu tanpa anda melakukan perkara tersebut kerana ini akan mengurangkan momentum anda.

Katalah anda ingin memulakan perniagaan Internet. Setiap hari, lakukan sesuatu supaya anda lebih dekat dalam mencapai matlamat anda tersebut. Tak kira sama ada membaca mengenai perniagaan Internet, memperbaiki idea perniagaan internet anda, membeli web hosting dan domain name untuk perniagaan Internet dan sebagainya. Setiap hari MESTI ada sesuatu yang anda lakukan untuk perniagaan Internet.

Aplikasi cara ini untuk apa sahaja yang anda ingin lakukan. Kebanyakan kita sering mengalami penyakit hangat-hangat tahi ayam ini. Dan ianya adalah amat merugikan apabila momentum kita hilang.

Keep the momentum going!

Terbaru!

Kata-kata Motivasi Harian

Video Motivasi




Sembang


ShoutMix chat widget

Pengikut

 

Copyright © 2009 by UpMotivasi